Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
994
View
6
Reply

Dua beranak wujudkan hotel kapal terbang Boeing dalam hutan

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-5-2019 11:03 AM | Show all posts |Read mode










KUANTAN, 22 Mei Ide gila dua beranak sejak tiga tahun lepas, mencetuskan kewujudan hotel kapal terbang, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini.

Kevin Young Thien Sheng, 30, berkata, hasrat untuk membuka hotel unik itu yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 dijangka dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan, memandangkan beliau baharu memindahkan kapal terbang itu ke Sungai Lembing di sini.

Sambil tersenyum, Kevin berkata pesawat itu dibeli ayahnya, Young Yeong Long, 61, daripada sebuah syarikat penerbangan yang perlu melupuskan pesawat yang telah melebihi tempoh perkhidmatan.

Kerja yang paling sukar ialah membawa pesawat dari Selangor ke sini. Kami perlu memotong pesawat kepada beberapa bahagian, menyewa lima buah treler dan dua buah kren untuk mengangkat pesawat pada awal bulan Mei.

Kami juga perlu membuat jalan khas supaya kenderaan yang membawa pesawat dapat masuk ke resort. Kami sedaya upaya tidak mahu menebang pokok di sini, namun terpaksa juga memotong satu dua (pokok) bagi memuatkan bahagian sayap, katanya kepada Bernama.

Kevin berkata, mereka mengambil masa selama dua bulan merancang perjalanan pesawat itu ke sini, supaya kenderaan membawa pesawat itu tidak menganggu aliran trafik khususnya laluan jalan raya Persekutuan sebelum memasuki lebuh raya.

Paling seronok ialah apabila kami mula memasuki Sungai Lembing. Berita tentang pesawat ini tersebar begitu cepat dan orang ramai beratur di tepi jalan untuk melihat sendiri... suasana begitu meriah ibarat pesta pada hari itu, katanya.

Beliau, graduan sarjana muda Universiti Lim Kok Wing, enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk membeli pesawat itu, sekadar senyum dan berkata sangat mahal selain perlu mematuhi prosedur yang sangat ketat.

Walaupun mengeluarkan belanja yang besar, Kevin menambah mereka mungkin membina hanya lima buah bilik daripada keseluruhan 36.57 meter (120 kaki) pesawat itu bagi menjamin keselesaan pengunjung.

Saya mahu mengekalkan ciri-ciri pesawat seperti pintu masuk... jadi mungkin satu dua bilik akan menggunakan pintu bagasi sebagai pintu masuk dan ada bilik akan diakses menggunakan pintu masuk penumpang. Ini memberi pengalaman tersendiri kepada pengunjung.

Bahagian kokpit pula akan dikekalkan supaya semua pengunjung boleh merakamkan kenangan. Tren terkini pengunjung mahu gambar yang cantik untuk dimuatnaik dalam laman sosial khususnya di Instagram, katanya.

Bagi merealisasikan impian itu, Kevin memberitahu beliau kini meninggalkan sementara urusan perniagaannya di Kuala Lumpur kerana mahu seluruh tenaga dan masa ditumpukan kepada pembinaan hotel itu, supaya siap mengikut jadual.

Katanya, mereka tidak mempunyai banyak masa kerana telah menghabiskan dua tahun meronda ke pelbagai tempat bagi mencari pesawat yang semuanya berakhir dengan kehampaan kerana keadaan kapal terbang yang tidak sesuai.

Ada yang kata lebih murah dan mudah jika kami hasilkan sahaja bangunan berbentuk kapal terbang. Tapi saya tidak mahu kerana perasaannya tidak sama jika dibandingkan dengan menggunakan sebuah pesawat betul, katanya.

Sejak dua minggu lepas, Kevin berkata rutin hariannya adalah membuka setiap lekapan dalam pesawat bagi mendapat ukuran dalaman sebenar sebelum beliau boleh mereka bentuk dalaman bilik, yang setiap satu akan memiliki bilik air sendiri.

Kami menempatkan pesawat ini di kawasan hutan kerana mahu bersatu dengan konsep semulajadi supaya menjadi pilihan pengunjung yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar, katanya.

Kevin berkata bagi melindungi keunikan hotel itu, mereka sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana berhasrat mahu membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza. Bernama

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-5-2019 11:21 AM | Show all posts
banyak betul duitnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnyaaaaa
Korang kalo nak pakai konsultan utk ecommerce and sales email la acik
Fee mur2 je dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Idea gila dan kos mahal..tp bila dh berduit tak jd masalah bab ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:57 AM | Show all posts
dalam huutan....
klu dekat dgn sungai ok jugak...

tapi klu tgh2 hutan.....huhuhu...
keliling dia kena buat dusun la..sambil bercuti pengunjung dapat menikmati buah2 tempatan bila sampai musimnya....

klu semata nak tido dlm hutan jek...huhuhuhu la jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ni..tp brapa la agaknya harga satu malam stay kat hotel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 12:46 PM | Show all posts
bole ke dpt keuntungan cover balik modal segala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list