Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1060
View
4
Reply

Nasi Linopot juadah pilihan kaum Dusun di Keningau

[Copy link]

Author: lanesra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-5-2019 02:03 PM | Show all posts |Read mode



KENINGAU, 16 Mei Linopot ialah istilah bagi nasi yang digaul dengan ubi manis yang dibungkus dengan daun pokok wangian atau Longkobung menjadi juadah berbuka puasa pilihan yang dijual di bazar Ramadan di daerah ini.

Seorang gadis Dusun, Maisarah Mairhuddin, 21, menjadikan makanan tradisional itu sebagai juadah berbuka puasa istimewa dijualnya di Bazar Ramadan KD Damai Pasir Putih Keningau.

Linopot menjadi pilihan utama juadah berbuka puasa di sini (Keningau) kerana keenakannya selain mampu dibeli oleh sesiapa pun, katanya kepada Bernama di sini.

Nasi Linopot merupakan makanan tradisi suku kaum Dusun yang sangat unik kerana ia diperbuat daripada beras padi huma yang hanya diamalkan secara berterusan sejak sekian lamanya di daerah ini.

Nasi Linopot sangat enak dimakan bersama gulai cili  ikan masin juga sangat menyelerakan apabila dimakan bersama petai panggang bilis.

Maisarah berkata beliau terlibat dalam perniagaan nasi linopot sejak tiga tahun lepas dan mampu memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM5,400 dengan sebungkus nasi linopot berserta dua lauk dijual dengan harga RM4.50.

Beliau berkata makanan tradisi kaum Dusun itu bukan sahaja digemari oleh penduduk tempatan tetapi turut diminati oleh masyarakat Tionghoa dan pelancong antarabangsa.

Mereka (pelancong antarabangsa) singgah di sini (Bazar) membeli dan memakan linopot ... mereka memberi reaksi positif mengenai juadah ini, katanya.

Maisarah yang merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik berkata beliau mendapat ilham untuk menjadikan linopot sebagai jualan juadah berbuka puasa dalam usaha memartabatkan makanan tradisional kaum Dusun itu agar terus relevan.

Saya mahu nasi linopot dikenali di pentas dunia, ini cita-cita saya, kata Maisarah.

Seorang pengunjung bazar itu, Fuad Dalusim memuji inisiatif jualan nasi linopot bagi mempromosikan lagi makanan tradisional kaum Dusun itu.

Katanya beliau sememangnya menggemari nasi linopot yang dijual Maisarah kerana rasa yang sedap dan membolehkan beliau mendapatkan nasi linopot pada harga yang berpatutan. Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-5-2019 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam pic tu, nasi linopot tu ada side dish ke. Ada dua bungkus plastik dlm paket tu. kuah ke atau lauk extra utk nasi linopot?

First time dengar. Nak try la kalau ada rezeki jumpa ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice. Hrp2 ade jual di Shah Alam
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 07:57 AM | Show all posts
semoga murah rezeki ko adik. anak muda y berusaha dan bercita2 tinggi. ai like.

* nasi free sebungkus
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 02:39 PM | Show all posts
Maisarah berkata beliau terlibat dalam perniagaan nasi linopot sejak tiga tahun lepas dan mampu memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM5,400 dengan sebungkus nasi linopot berserta dua lauk dijual dengan harga RM4.50.


wow.. masyuk gak tu sebulan.. semoga sukses terus.

teringat pulak kt soto sabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list