Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11550
View
219
Reply

[Dunia] #PrayForLebanon (Angka Kematian Cecah 135, 5000 Cedera & 300000 Hilang Rumah)

[Copy link]

Author: BicaraHatiku       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-8-2020 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 6-8-2020 09:20 AM

BEIRUT - Sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat yang digunakan sebagai baja pertanian disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan meletup semalam sehingga menyebabkan berlakunya satu malapetaka.



Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab berkata, bahan tersebut dihantar dengan menggunakan sebuah kapal dan disimpan di sebuah gudang sejak tahun 2013.

"Adalah tidak masuk akal bahawa ammonium nitrat yang berada selama enam tahun di sebuah gudang tanpa melakukan sebarang langkah pencegahan sehingga membahayakan keselamatan penduduk," kata Hassan seperti dilaporkan akhbar USA Today.

Bagaimanapun katanya, punca bahan itu meletup masih disiasat.

Siasatan awal pihak berkuasa menunjukkan ia kemungkinan satu kemalangan yang tragik dan sumber perisikan memberitahu Fox News semalam bahawa mereka tidak menafikan ada perbuatan khianat.

Ammonium nitrat juga pernah digunakan dalam kejadian pengeboman bandar raya Oklahoma di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1995.

Hassan turut menambah, pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian dua letupan tersebut akan mendapat hukuman setimpal.

Sementara itu, Naib Presiden Yayasan Pembela Demokrasi, Jonathan Schanzer memberitahu Fox News letupan di Lebanon bukannya akibat serangan tentera.

"Buat masa kini, ia kelihatan akibat keputusan gagal mengurus (ammonium nitrat dengan baik)," katanya.

Artikel Penuh: Sinar Harian




Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-8-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun...

Aku terbayang kanak2 yg hancur..hrp xde la kanak2 dkt situ..semoga ditempatkan dikalangan hamba yg beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok org rakam masa letupan tu. Serius shit menakutkan. Ada bangunan besar kat sebelah runtuh terus sekelip mata. Yg rakam tu pun nampak jauh gak lokasinya pun kena jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:13 AM | Show all posts
Ya Allah.....giler besar + kuat letupan.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:20 AM | Show all posts
Presiden Lebanon, Michel Aoun menegaskan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila 2,750 tan ammonium nitrat disimpan di dalam gudang dalam keadaan tidak selamat.



2000++ tan bahan letupan....
simpan kat gudang mcm tu jer...
giler
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Teruknya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2020 09:26 AM | Show all posts
ctaz replied at 5-8-2020 09:20 AM
2000++ tan bahan letupan....
simpan kat gudang mcm tu jer...
giler

Tersadai kat pelabuhan kut..chuolsss.




Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
2020 is not done messing with us yet..
Tahun paling bersejarah so far untuk abad ini. Agituuuu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2020 09:31 AM | Show all posts
JunkMail replied at 5-8-2020 09:11 AM
Aku tengok org rakam masa letupan tu. Serius shit menakutkan. Ada bangunan besar kat sebelah runtuh  ...

memang gerund...


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
simpanan bahan baja urea ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:33 AM | Show all posts
mcm ribut pasir kat arab
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:36 AM | Show all posts
bau lepas letupan tu mesti busuk .

innalillahiwainailaihirojiun...
moga dipermudahkan urusan mereka disana
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:37 AM | Show all posts

uish. this person idup lagi ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:39 AM | Show all posts
73 maut di letupan di pelabuhan Lubnan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-pelabuhan-lubnan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 8:49 AM

AFP


PEMANDANGAN di lokasi kejadian.  FOTO AFP

Beirut: Dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan), letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.

Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.

Malah, letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Terdapat rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan mengakibatkan kepulan asap tebal, api marak dan menggegarkan bangunan di ibu kota.

Pada masa sama, kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka menyangkakan insiden itu adalah gempa bumi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-8-2020 09:43 AM | Show all posts
geenie replied at 5-8-2020 09:37 AM
uish. this person idup lagi ke tak.

Tak tahu la ...ni video close up... dah mcm perang.



Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:43 AM | Show all posts
ingat terrorist attack
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:47 AM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 5-8-2020 09:43 AM
Tak tahu la ...ni video close up... dah mcm perang.

ni lg horror. org ni klau idop, mesti pekak lah. explosion kuat camtu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:49 AM | Show all posts
Lubnan akan cari dalang letupan

https://www.hmetro.com.my/global ... cari-dalang-letupan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 9:44 AM

AFP


SERPIHAN debu daripada letupan dari pelabuhan berkenaan.  FOTO AFP

Beirut: Lubnan akan mencari dalang yang menyebabkan letupan di pelabuhan di sini, yang setakat ini mengorbankan 73 orang dan mencederakan lebih 3,700 orang.

Perdana Menteri, Hassan Diab berkata, kejadian berkenaan adalah satu malapetaka yang besar.

"Sesiapa yang bertanggungjawab perlu dihukum kerana perbuatan mereka," katanya.

Setakat ini, kenyataan rasmi negara itu tidak menyifatkan letupan berkenaan sebagai serangan.

Menurut Diab, ia berpunca daripada baja pertanian ammonium nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan.

Bahan berkenaan dikatakan dirampas sejak beberapa tahun lalu dan disimpan di lokasi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan), letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.

Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.

Malah, letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa menjangkakan angka korban akan meningkat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
pray for beirut. sangat buruk sbb waktu kuarantin
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2020 09:55 AM | Show all posts
Baja ammonia nitrat 2,750 tan didakwa punca letupan Beirut

https://www.bharian.com.my/dunia ... unca-letupan-beirut

Rabu, 5 Ogos 2020 | 9:44am


Sebuah helikopter memadam kebakaran di lokasi letupan di sebuah gudang di Beirut. - Foto AFP

BEIRUT: Letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini dan mengakibatkan ribuan cedera, didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.

"Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab.

"Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan," katanya.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sehingga kini 73 penduduk terkorban, manakala 3,700 lagi cedera dalam insiden berkenaan.

Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.

Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu.

Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk manakala Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan penghantaran bantuan.

Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat letupan.

Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas.

Ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list