Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
398
View
3
Reply

[Tempatan] Polisi takaful cover kalau kenderaan diserang haiwan liar cth kes serangan gajah di Gerik

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-8-2020 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Serangan haiwan liar: Pemegang polisi takaful dilindungi
    myMetromutakhir
Ekhwan Haque Fazlul Haque


PEMEGANG polisi atau sijil takaful adalah dilindungi sekiranya terbabit dalam kejadian serangan membabitkan haiwan liar seperti yang berlaku dalam beberapa kejadian baru-baru ini.

Persatuan Takaful Malaysia (MTA) memaklumkan, pemegang polisi bagaimanapun tidak akan mendapat perlindungan itu sekiranya mereka dengan sengaja mendedahkan diri kepada bahaya haiwan liar berkenaan.

Menurutnya, pemegang polisi atau sijil takaful yang mempunyai perlindungan manfaat kemalangan peribadi atau takaful keluarga selain manfaat perubatan dan kesihatan.

"Pemegang polisi mendapat perlindungan berdasarkan terma dan syarat syarikat insuran atau pengendali takaful seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak.

"Pemegang polisi juga dinasihatkan untuk menyemak semula perlindungan yang diberikan oleh polisi insuran dan polisi selain berhubung terus dengan syarikat insuran serta pengendali takaful untuk tindakan lanjut," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, sekiranya serangan haiwan liar yang merosakkan kenderaan perlu terus berhubung dengan syarikat insuran atau pengendali takaful kerana ia berbeza mengikut penilaian syarikat berkenaan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan lima individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak gajah yang mengamuk selepas kereta lain membunyikan hon di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, Ahad lalu.

Kejadian jam 7 malam itu berlaku ketika kenderaan berkenaan dikatakan menghala ke Perak dari Kelantan dan kejadian berlaku tidak jauh dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa.

Selain itu, beberapa kejadian serangan haiwan liar terutamanya gajah dilaporkan tahun ini sehingga mengakibatkan kematian selain merosakkan harta benda dan tanaman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 10:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-8-2020 11:13 PM | Show all posts
So clause dia duduk kat kata mana eh? Bencana alam? Riot?

Tu kalau ambik lah. Kalau takde...bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 09:13 AM | Show all posts
sat lagi kata act of god ler.. course of  nature apa ler..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 02:21 PM | Show all posts
tungkai replied at 5-8-2020 11:13 PM
So clause dia duduk kat kata mana eh? Bencana alam? Riot?

Tu kalau ambik lah. Kalau takde...berta ...

klausa dia dalam kategori kemalangan. Sebab berlaku tanpa diduga, tanpa niat, tanpa apatah lagi. Tapi ikut jugak jenis coverage. Cover apa, jenis macam mana. Kalau kata kena pijak dengan gajah sampai kaki patah, mungkin la kos operation tu di cover.
Atau kena pijak dengan gajah sampai mati, maka pampasan kematian tu dapat kalau coverage kata "pampasan kematian apa jua sebab"
Pampasan kematian pun ada banyak jenis. Ada yang pampasan kematian disebabkan kemalangan. Kalau kemalangan je baru cover, haa gitu.

Wallahualam. Apa-apa pun kena tengok polisi. Make sure ejen ada cerita dan make sure kena cakna juga apa benda yang kita ambik. Jangan main sign je polisi



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list