Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1474
View
3
Reply

&Tak Susah Pun Sebenarnya!* Ini 16 Tips Ajar Anak Solat Dari Kecil 每 Dr Farhuda

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-4-2021 12:00 PM | Show all posts |Read mode
&Tak Susah Pun Sebenarnya!* Ini 16 Tips Ajar Anak Solat Dari Kecil 每 Dr Farhuda



Anak merupakan anugerah Allah dan tanggungjawab yang berat yang diamanahkan atas bahu ibu bapa. Pentarbiahan anak-anak dengan didikan yang baik wajib ditunaikan oleh ibu bapa atau sesiapa yang mengambil tugas mereka dan tanggungjawab ini tidak boleh dipandang sepi.

Amanah yang wajib ini hendaklah dijaga dengan baik dan janganlah dikhianati.

Pastinya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan sepenuhnya ini tidak sunyi daripada cabaran dan dugaan, antara nak ajar anak solat kan?


PERINTAH AJAR ANAK SOLAT

Di dalam hadith ini, dijelaskan agar kita menyuruh anak kita mendirikan solat.

عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4]

Yang bermaksud, Daripada &Amru bin Syu&aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: ※Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.§

Perkara ini amat penting bagi mereka kerana anak akan mengikut dan bertabiat sepertimana apa yang dia lihat, sama ada mengikutinya dengan sengaja atau tanpa disedari.

Jadi, sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab untuk kita ajar anak solat sejak kecil.

Mungkin ada yang rasa susah dan tak tahu bagaimana nak mula.

Di sini dikongsikan 16 tips ajar anak solat sejak kecil dengan mudah dan berkesan melalui penulisan Dr Farhuda Zulaikha.


Foto Kredit : tazkirah.net

16 TIPS MUDAH AJAR ANAK SOLAT DARI KECIL

Tak susah pun nak ajar anak solat sejak kecil.

Yang penting ibu ayah pun perlulah menitik beratkan hal solat masing-masing.

Ini antara TIPS mudah ajar anak solat:

1. Solat Awal Waktu

Solat ibu ayah perlulah awal waktu, tunjukkan bahawa solat itu penting untuk kita dahulukan.

2. Solat Depan Anak-anak Sejak Bayi

Sebaiknya solat di depan anak-anak sejak mereka bayi lagi. Walaupun ada anak kecil atau bayi, usahalah untuk solat berjemaah suami isteri. Letakkan bayi di sebelah kalian.

Jika dia sudah pandai merangkak atau berjalan, pastikan keadaan sekitar tidak merbahaya sebelum kalian mulakan solat.

Ye mungkin kadangkala mereka akan memanjat, masuk dalam kain dan sebagainya. Itu fitrah mereka. Segala itu akan menjadi kenangan nanti. Bukankah cucu Rasulullah pun memanjat baginda ketika bersolat?

3. Wujudkan Ruang Khas

Lagi bagus jika ada ruang khas solat di rumah. Boleh jadi bilik khas mahupun sekadar suatu sudut khas. Pastikan keadaan kawasan berkenaan bersih dan jauh dari bunyi bising.

Jika bersolat di ruang tamu, ajarkan anak-anak bahawa tv perlu ditutup atau dihentikan ketika waktu solat.

4. Ajak Solat Bersama

Jika ayah tiada di rumah, ibu harus memainkan peranan untuk ajak anak solat bersama. Jika ibu &cuti* pastikan anak-anak tetap disuruh bersolat.

5. Tetap Solat Walaupun Terlepas Waktu

Sekiranya ada anak-anak yang baru sahaja melelapkan mata apabila tiba waktu solat, pastikan sebaik sahaja mereka bangun mereka harus solat biarpun telah melepasi waktu.

Ajarkan yang solat itu wajib. Apabila sudah boleh berfikir, ajarkan apa itu solat qada* dan juga masbu*.

6. Bacaan Dikuatkan, Tertib & Tartil

Ayah perlu baca surah kuat-kuat, tertib dan tartil. Biar dapat didengari anak sepatah-demi sepatah.

InsyaAllah mereka boleh menghafal surah dengan hanya mendengar bacaan kita setiap hari.

7. Ajar Perlahan-lahan

Ajarkan mereka perlahan-lahan. Tidak perlu tinggu mereka pandai semua rukun baru nak suruh solat. Biarkan mereka bersolat walupun sekadar meniru pergerakan dalam solat.

Walaupun ada yang kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap pandang belakang. Semakin besar nanti ajarlah mereka apa itu rukun solat, apa yang tidak boleh dilakukan.

8. Ajarkan Wudhu

Ajarkan wudhu* bila mereka sudah faham. Awal-awal belajar solat itu wudhu* boleh diajar kemudian.

Kalau tidak, jenuh juga bertukar baju yang lencun nanti bila yang umur 3 tahun ambil wudhu*. Slowly but surely.

9. Kenapa Perlu Solat?

Didik dan semailah dalam jiwa mereka kenapa kita perlu melaksanakan solat.

Ajarkan berapakah solat wajib yang perlu dilaksanakan. Berapa rakaatkah setiap solat. Apakah tanda masuknya waktu solat.

10. Solat Berjemaah

Ibu ayah, jika boleh solatlah berjemaah. Selain pahalanya berganda-ganda, anak-anak juga akan lebih excited jika mereka memerhatikan semua perkara kita buat bersama-sama.

Berjemaahlah sekalipun hari itu kita tengah berkecil hati/ salah faham/ berperang dunia dengan pasangan kita. InsyaAllah akan sejuk selepas itu.

11. Sejadah Peribadi

Sediakan sejadah peribadi milik mereka setiap satunya. Sekarang ini pelbagai jenis sejadah moden yang dijual. Ada juga yang specially designed untuk kanak-kanak dengan gambar kartun dengan saiz yang lebih kecil. Kami membelikan sejadah kecil begini untuk mereka.

Sejadah-sejadah ini dibeli ketika masih kecil, kebetulan pula warna-warna itu bertepatan dengan warna character kartun PJ Mask dengan Owlette (merah), Geko (hijau), Catboy (biru). Rehal pun beli warna yang sama.

12. Reward System

Reward system. Ketika mereka masih kecil, boleh galakkan mereka untuk solat dengan sistem reward menggunakan sticker. Tampalkan sticker pada board peribadi mereka.

It may look for fun but it works.

13. Beri Peluang Anak Mengetuai Doa, Iqamah

Beri peluang kepada anak-anak kecil untuk mengetuai bacaan doa. Usai doa abah yang panjang, minta merela mengetuai bacaan doa ringkas sambil kita turut menadah tangan. Contoh doa yang paling mudah adalah doa ibu bapa.

Si anak bujang boleh diberi mandat untuk Iqamah.Tidak lupa ajak juga anak 每 anak untuk membaca alFatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Semoga mereka istiqamah melakukan perkara yang sama apabila kita meninggal kelak.

14. Bagi Isyarat

Apabila tiba sahaja waktu untuk solat, boleh minta abah yang garang bagi hint : Whudu*!!

Maka akan bertempiaran larilah yang si besar-besar untuk segera ambil wudhu* meninggalkan apa yang sedang mereka kerjakan.

15. Tiada Pengecualian

Solat tidak boleh tinggal langsung.

Jika di rumah solat lima waktu ajarkan juga mereka bahawa sama juga jika balik kampung atau semasa jalan-jalan. Tiada pengecualian.

16. Sama-sama Menghayati Solat

Akhir sekali, tunggulah mereka di atas tikar sejadah sebelum kalian mengangkat takbir.

Pastikan semua orang bersedia sepenuhnya barulah mereka bersemangat solat bersama dan tanda kita mahu mereka bersama-sama menghayati solat.

Marilah melentur buluh dari rebungnya.

Children won*t follow your orders, they imitate you.

Dr. Farhuda Zulaikha

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 02:22 PM | Show all posts
To register for our "HCL Unica and Google Cloud Partnership" webinar on Thursday, March twenty fifth, click on the button underneath. https://fulfillgenie.com/ The Gartner Peer Insights Customers' Choice Distinction is primarily based on remarks and scores from give up-user specialists who've enjoy buying, enforcing and/or the use of the products or services.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 10:59 AM | Show all posts
Tips yang sangat bermanfaat
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 05:55 AM | Show all posts
selalu solat depan anak...
anak 1t10b kalau kita nak solat, dia akan amik sejadah kecik suh bentang sebelah kita...
pastu tongang tongek dia sujud
waktu kita baca doa, dia dok sibuk tadah tangan skali...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list