Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
540
View
10
Reply

Sering Dijadikan Sebagai Pemanis Mulut, Ini Adalah Asal Usul Dodol

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-6-2021 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Sering Dijadikan Sebagai Pemanis Mulut, Ini Adalah Asal Usul Dodol



Dodol adalah antara juadah yang popular tatkala menjelangnya hari raya. Masakan tradisional Melayu lama ini sehingga kini masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia.

Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya dari mana datangnya asal usul manisan ini? Dan bagaimana masyarakat dahulu boleh terfikir untuk menjadikan ia sebagai hidangan istimewa yang mengambil masa berjam-jam untuk disiapkan?


Dodol dikatakan berasal dari Betawi, Indonesia. Seperti di Malaysia, ia dijadikan sebagai pemanis mulut istimewa semasa menjelangnya lebaran.

Kehadiran dodol yang berunsur beras di dalamnya adalah simbol kepada budaya agraria masyarakat Betawi dahulu kala. Pada waktu itu, dodol dikatakan hanya untuk kalangan tertentu dan orang-orang kaya.

Menariknya, perkataan dodol ada tercatat dalam kamus tahun 1852 yang berjudul A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary. Jilid 2 oleh John Crawfurd.

Menurut kamus tersebut, perkataan confectionery memberi erti manisan atau dodol.

Bagaimanapun, dodol turut terkenal di Singapura, Brunei, Filipina (terutamanya di Luzon dan Mindanao), Sri Lanka dan Myanmar di mana ia dipanggil mont kalama.

Namun demikian, teknik membuat dodol tetap sama iaitu dengan menggunakan santan, gula perang atau gula melaka dan tepung beras sebagai ramuannya.


Di Malaysia, makanan tradisional ini lebih digemari dan terkenal di Melaka, Negeri Sembilan dan Muar, Johor. Berlainan dari negeri-negeri lain, di Negeri Sembilan, masyarakat di negeri itu menamakan dodol sebagai penganan.

Selain dodol berwarna coklat biasa, kini dodol mempunyai banyak perisa lain. Paling popular ialah dodol perisa durian yang dipanggil lempuk. Ia berwarna kuning dan lebih popular di Thailand, Kelantan dan Terengganu. Dodol durian juga popular di Medan, Indonesia dan juga bandar-bandar lain di Sumatera.

Berbeza pula di Goa, India apabila dodol tersebut dimakan ketika menyambut perayaan krismas. Ia dipanggil sebagai halwa di India dan juga Amerika Timur.

Halwa biasanya diperbuat daripada gula, susu, tepung gandum, semolina dan juga tepung jagung.



Lain pula di Bali, dodol di sana dijual di dalam daun jagung yang kering. Makanan tradisional ini juga telah terkenal di negara-negara Timur Tengah.



Boleh dikatakan, masyarakat Indonesia adalah antara yang paling kreatif dalam menghasilkan dodol. Terdapat pelbagai jenis dodol yang anda boleh cuba di sana.

Antaranya adalah dodol garut, dodol kacang hijau, dodol bengkoang, dodol nangka, dodol ubi talam, dodol sirsak (durian belanda), dodol tomato, dodol pita, dodol apel malang, dodol salak, dodol rumput laut, dodol pisang, dodol nanas, dodol mangga dan dodol lidah buaya.





Di Malaysia, Dodol Pilah adalah salah satu yang paling popular dan anda boleh mendapatinya di R&R Jemapoh di sepanjang Jalan Kuala Pilah-Bahau, Negeri Sembilan.

Sedikit berlainan dengan dodol biasa, di sini mereka menggunakan gula enau/gula kabung dan bukannya gula Melaka. Rasa dodol yang dihasilkan lebih enak dan berlemak.

Proses pembuatan dodol juga bukanlah dalam masa yang singkat. Ia memerlukan masa yang agak lama sekitar empat jam hingga lapan jam bergantung kepada kuantiti bahan-bahannya.



Dodol hendaklah sentiasa dikacau daripada awal menyediakannya sehinggalah masak. Ini adalah untuk memastikan segala bahan yang digunakan dapat bercampur dengan sebati. Proses mengacau dodol ini memerlukan lebih daripada seorang.Sebabnya adalah tekstur dodol akan berubah menjadi likat. Jadi ia akan menjadi lebih sukar untuk dikacau.

Memang unik bukan? Rupa-rupanya dodol bukan sahaja dimakan oleh masyarakat kita, malah di negara-negara luar juga. Apa-apa pun, semoga makanan tradisional melayu kita dapat dikekalkan sepanjang zaman.

Sumber:https://tehtarikgelasbesar.com

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-6-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg manis sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh try kat umah... insyaa Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa muda tak suka dodol..dah berumur ni makan pulak, tapi yang kurang manis lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dodol is my fav
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 05:31 PM | Show all posts
hari tu try Dodol Bonda sbb tgk nana mahazan beli..
sooka.. dodol yg lembik2 mcm tu, mmg kena dgn taste i..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:08 AM | Show all posts
what tasty sweety ..you wanna make wonderful and excellent art to do this..Now you can watch best live TV shows and comedy videos  for free on using JETBOXAPK


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 09:15 AM | Show all posts
klu kt tempat i dodol guna beras pulut yg dikisar sendiri
tekstur dodol jd kasar2 sikit
tp sedap ya amattt
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 06:59 PM | Show all posts
ya Allah sedapnya dodol.. lama tak makan.. nak gi cari kat shopee la
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnyaaa dodol! Kecurrrr air liurrr...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak makan dodol..sedapnyaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list