Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
3442
View
26
Reply

Azaria Tagaya MEWARISI darah seni daripada bapanya.

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-6-2021 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MEWARISI darah seni daripada bapanya.

  


MELIHAT pada pengalaman dan kebolehannya dalam bidang penyiaran, maka wajarlah Azaria Tagaya, 36, dianggap antara personaliti yang menjadi perhatian di stesen TV pilihan ramai TV3.

Gadis kacukan Melayu, Jepun dan Pakistan serta lulusan Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini bermula dari bawah sebagai pekerja bebas dengan syarikat produksi dan stesen TV lain sebelum selesa menjadi kakitangan TV3.

"Saya pernah menjadi pelatih amali dan penolong penerbit di Astro Awani. Selain itu saya juga pernah mengacarakan Hello On Two di TV2 dan EC Inspirasi di HyppTV selama beberapa tahun.

"Malah saya juga pernah meminjamkan suara untuk animasi Perancis yang dialih bahasa kepada Bahasa Melayu dan Inggeris untuk Astro Ceria.

"Selepas sambung ijazah pada 2014, saya singgah di UiTM untuk ambil skrol ijazah. Kebetulan TV3 buat uji bakat terbuka pembaca berita di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, jadi saya pun cuba nasib," katanya.

Kelulusan akademik yang dimilikinya ternyata menarik perhatian pengurusan TV3 yang akhirnya menawarkan peluang kerjaya bersama mereka.

"Perasaan saya awalnya bercampur baur kerana sebelum itu bekerja secara bebas boleh pilih projek. Saya dapat buat macam-macam program seperti gaya hidup, makan-makan dan pelbagai lagi.

"Terfikir juga apabila masuk meja berita, bolehkah saya hanya tumpu pada baca berita dan buat kerja pejabat.

"Namun sekali lagi rezeki menyebelahi saya. Ada yang nampak potensi saya dan selepas beberapa tahun, saya ditawarkan sebagai hos Nasi Lemak Kopi O untuk beberapa ketika.

"Seterusnya saya ditugaskan mengacara program Kami Sayang Teacher. Rupanya tanggapan saya sebelum ini salah. Tak dinafikan saya juga semakin selesa di sini," katanya.

Azaria, 36, atau nama sebenarnya, Azaria Tagaya Norio Tagaya mengakui minatnya dalam bidang ini mungkin mengalir daripada bapanya, Mohd Nor Tagaya yang pernah terbabit sebagai penyunting filem dengan produksi Sabah Film Productions.



AZARIA semakin selesa dengan kerjayanya.


"Saya sebenarnya tak rancang nak kerja dengan TV3 dan jadi pembaca berita. Masa jadi pelatih amali saya buat macam-macam program dari hiburan sehinggalah kembara.

"Sejak di Awani lagi saya selalu buat skrip sendiri untuk segmen-segmen tertentu. Dari situ baru sedar saya ada minat dan kebolehan untuk baca berita.

"Di meja berita TV3 pula, saya satu-satunya berkebolehan menguasai dua bahasa iaitu Inggeris dan Melayu dengan baik," katanya.

Ini menjadi kelebihan buatnya yang diberikan kepercayaan membaca berita untuk Buletin Utama dan Nightline.

"Selepas bertahun-tahun tiada, saya adalah pembaca berita yang boleh baca berita untuk dua slot ini. Saya juga diberikan tugas mengendalikan Ringgit Sense dan Money Matters.

"Sekarang apabila babitkan program bahasa Inggeris memang saya yang dicari. Syukurlah orang nampak kelebihan saya yang boleh disumbangkan untuk TV3.

"Sebelum ini pun, saya ditugaskan di meja luar negara dan pernah ditugaskan ke Lubnan untuk tugasan pelarian Syria. Saya rasa puas apabila dapat cari bahan dan kemudian sampaikan sendiri kepada peminat," katanya.

Sumber: https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-6-2021 09:06 AM | Show all posts
Tidak rasa glamor

Walaupun sering menjadi perhatian peminat, Azaria tidak menganggap popularitinya setaraf artis tanah air.

"Taklah glamor mana pun. Namun tak dinafikan kadang-kadang saya tahu ada peminat setia yang tunggu kemunculan saya depan TV.



Gadis kacukan Melayu, Jepun dan Pakistan, Azaria Tagaya antara personaliti TV3 jadi perhatian ramai
"Bila saya tiada, mereka akan hantar mesej di laman sosial tanya kenapa. Bila saya muncul mereka hantar mesej tengok berita kerana saya.

"Yang sengaja nak mengusik pun ada tapi saya hanya abaikan mesej mereka. Apapun saya menghargai mereka sebagai peminat saya," katanya.

Menurutnya, berbanding di dalam TV, penampilannya di luar juga berbeza kerana dia selesa mengenakan jeans dan kasut kanvas saja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
oh pnh tgk rasanya dulu2 sblm covid dia baca berita..sbb nama dia pelik ..so i dk curious dia ni org jepun ke apa...no wonder la..mix jepun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:59 AM | Show all posts
pandai mak ayah dia pilih nama

azaria tu sesuai jadi nama melayu or nama jepun
n sesuai dgn surname sheols
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua 36. Ni kalau berlakon xsesuai la pulak jd budak kolej. Buat kne maki jee
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:23 AM | Show all posts
Suka bila dia baca berita BI. Suara dia "berat" dan jelas.
Jauh tinggal si hawa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayu je dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:57 AM | Show all posts
ayah dia mmg pure jepun ke
or atuk dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia still bujang or dah kawin??? Or kembali bujang nih...suddenly je nama naik balik...Ada berlakon drama ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 12:14 PM | Show all posts
sukaaaaaa dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
I is sukaaaa manusia yang multi talented cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:08 PM | Show all posts
jemahjacjon replied at 16-6-2021 10:24 AM
Dah tua 36. Ni kalau berlakon xsesuai la pulak jd budak kolej. Buat kne maki jee

kalau 36 dah andartu senior
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:13 PM | Show all posts
tapi muka melayu totok xde rupa jepun waima sekelumit
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-6-2021 11:23 AM
Suka bila dia baca berita BI. Suara dia "berat" dan jelas.
Jauh tinggal si hawa tu.

X pernah minat klon jahkatil tu.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
okkk akk x kenal ko dik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham betul asyik nak kondem pasal age org, ko tu muda sentiasa ke?? Kahwin atau tidak itu personal matter dia, lantaklah
Setiap tahun semua pun mesti bertambah usia...
Takde kena mengena eh nak b.lakon sah2la pembaca berita
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:33 PM | Show all posts
budak kelas aku f4-f5... tp dia mesti xingat aku sbb aku cam xwujud je kat kelas tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:44 PM | Show all posts
I lioke marshila hassan

sedap kalo dpt

sumpah tak carik lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
paku_karat replied at 16-6-2021 01:33 PM
budak kelas aku f4-f5... tp dia mesti xingat aku sbb aku cam xwujud je kat kelas tuh..

Hahaha kenapa dengan ko. Sejenis halimunan ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
alagapass replied at 16-6-2021 04:44 PM
Hahaha kenapa dengan ko. Sejenis halimunan ke

Maybe pendiam dan tak menyerlah.. ada or takde, tak memberi kesan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list