Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
8184
View
111
Reply

[Tempatan] Klinik swasta diserbu KKM sebab bagi Imervectin untuk rawat kobid,Belas-Onn tersenyum sinis

[Copy link]

Author: JohnyEnglish       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-6-2021 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 16-6-2021 02:31 PM

blast.png

PETALING JAYA: Seorang doktor mengesahkan klinik swastanya diserbu Kementerian Kesihatan semalam kerana membekalkan ubat antiparasit, Ivermectin kepada orang awam bagi mencegah jangkitan Covid-19.
Pada 16 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, KKM belum meluluskan penggunaan ubat Ivermectin untuk mencegah atau merawat Covid-19 kerana tiada kajian saintifik untuk membuktikan keberkesanannya.

Dr Amir Farid Isahak mengesahkan kliniknya di Kuala Lumpur diserbu pihak berkuasa, namun enggan mengulas lanjut atas nasihat peguamnya.
Kenyataan itu memang saya buat, tetapi peguam saya sudah nasihatkan supaya tidak buat sebarang kenyataan ketika ini, katanya kepada FMT.
Dalam kenyataan semalam, beliau menjelaskan kadar vaksinasi terlalu perlahan menyebabkan beliau selaku doktor kesihatan awam membuat keputusan untuk menggunakan ubat berkenaan kerana ia terbukti selamat.

Saya terima 58 kajian saintifik yang dijalankan setakat ini menunjukkan keberkesanannya mengurangkan jangkitan dan kesan yang teruk akibat Covid-19.
Oleh itu, saya bertindak menurut apa yang saya percaya, dan berusaha menyelamatkan nyawa, katanya yang sedar keputusannya itu salah dan akan sampai ke pengetahuan KKM.
Bagaimanapun, beliau berkata menyelamatkan nyawa manusia adalah keutamaan ketika ini berbanding takut kepada tindakan undang-undang.
Saya sedia untuk berdepan akibatnya, katanya.

FMT sedang mendapatkan respons Noor Hisham mengenai perkara berkenaan.
Awal Jun lalu, KKM bersama Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan serta keberkesanan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan.

Noor Hisham dilaporkan berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases, namun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.
Penggunaan off-label Ivermectin meraih perhatian masyarakat antarabangsa susulan beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik dalam merawat Covid-19.

Bagaimanapun, FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaannya dalam ujian klinikal, dengan pesakit perlu dipantau doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanannya.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr lebih mengetahui kekdahnye,  dia tahu dos,  dia pun tahu efeknya kalau lebih dos.

Yg penting dr bagi dos yang betul, tak dapat lawan penyakit tropika terabai,  bunuh cacing kerawit pun ok.

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cousin meols dgn bangganya bagitau sheols dah stock up Ivermectin kat FB. Lepas tu sibuk pungpang2 keburukan vaccine. Dah ke arah antivaksin dah tu. So bila borders dah bukak, meols dah boleh kecilkan circle ahli keluarga yg akan meols lawati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik replied at 16-6-2021 02:56 PM
Cousin meols dgn bangganya bagitau sheols dah stock up Ivermectin kat FB. Lepas tu sibuk pungpang2 k ...

Konsep ubat n vaksin pn xphm kn org gini? Klu dh nk guna utk rawatan tggu dijangkiti lh bru mkn, x kna covid nk mkn buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Drmu at 16-6-2021 03:08 PM

at least ada usaha dia untuk rawat psakit..takpun pesakit dia tu antivak kot, ikutlah mana2 ikhtiar dorang nak cari. Asalkan berusaha utk sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya hasil kajian klinikal KKM nanti membawa kepada kelulusan untuk digunakan, maksud saya didapati ianya memang selamat dan doktor Amir ni tak dikenakan tindakan later. Buat masa ni belum tahu yet resultnya kan.

Yang borong kat shopee tu.. harap tunggu lah kelulusan dan biarlah doktor yang tetapkan dos.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus, kkm perlu ke Court, di situ semua akan terbongkar, Dr. tu cuma perlu bagi segala bukti saintifik
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 16-6-2021 03:04 PM
Harapnya hasil kajian klinikal KKM nanti membawa kepada kelulusan untuk digunakan, maksud saya didap ...

Kkm bakal kalah kalau ke mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:11 PM | Show all posts
Wassap replied at 16-6-2021 03:06 PM
Bagus, kkm perlu ke Court, di situ semua akan terbongkar, Dr. tu cuma perlu bagi segala bukti sainti ...

opss sorry time darurat mahkamah hanya utk kes najib shaja
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wassap replied at 16-6-2021 03:08 PM
Kkm bakal kalah kalau ke mahkamah

Rasanya dari segi legal tak kot? Sebab kat negara ni masih belum legal nak prescribe (mungkin akan legal dalam masa terdekat depending on hasil kajian) Tapi tak rasa kes ni akan masuk mahkamah secepat sekarang?
Biasa ambil masa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 16-6-2021 03:13 PM
Rasanya dari segi legal tak kot? Sebab kat negara ni masih belum legal nak prescribe (mungkin akan ...

Tak ada yg illegal pun, ia bukan kategori racun
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bagi racun tikus satu hal lah, ini ubat yg dos nya terlalu small diperlukan. Dah kkm kata tak mampu rawat dgn berkesan kenapa halang yg nk guna alternatif, 2nd opinion x pernah illegal dlm dunia perubatan moden
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 16-6-2021 03:02 PM
Konsep ubat n vaksin pn xphm kn org gini? Klu dh nk guna utk rawatan tggu dijangkiti lh bru mkn, x ...

Hahaha bodo..ibarat ttiap pagi makan panadol kat umah siap2 supaya nnti kat opis xsakit kepala..kikiki..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:53 PM | Show all posts
Drmu replied at 16-6-2021 03:04 PM
at least ada usaha dia untuk rawat psakit..takpun pesakit dia tu antivak kot, ikutlah mana2 ikhtiar  ...

yg dia rawat tu mmg betul pesakit positif covid-19 ke? sebab setau aku dah positif mmg berangkut la pegi hospital dan pusat kuarantin. yg kuarantin kt rumah tu sah2 la kene duduk rumah, jadi camne kaedah doktor swasta ni mengedarkan ubat cacing ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 16-6-2021 03:13 PM
Rasanya dari segi legal tak kot? Sebab kat negara ni masih belum legal nak prescribe (mungkin akan ...


memang ada kumpulan (antivaxx) yang tentang kkm walau apa pun kkm buat..ibarat malaysia saja yang ada kkm..negara lain takde kumpulan kesihatan sendiri walhal apa yang kkm buat ni sama saja dengan negara2 luar

boleh tengok komen porumer2 kat porem ni sudah..tak campur kat fb lagi macam2
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gasak korang nk tegok ivermectin ni. Harap tegok sebaldi sehari. Bagus gang gang ni serupa gang ubat spirometer semua kojol akibat kobid
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 16-6-2021 03:53 PM
yg dia rawat tu mmg betul pesakit positif covid-19 ke? sebab setau aku dah positif mmg berangkut l ...

Valid question. Tak terfikir tadi. Hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tengah tunggu antuvax kata doktor ini sudah 'murtad'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:14 PM | Show all posts
Kesian la puak2 sangap zentel ivermectin semua ni nak dapat stok kat mana lagi? Habis pupuslah mereka sbb xdpt protek masing2 drpd covid guna zentel.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 04:16 PM | Show all posts
Wassap replied at 16-6-2021 03:08 PM
Kkm bakal kalah kalau ke mahkamah

KKM kalah? Undang2 malaysia xbenarkan lagi penggunaan ivermectin sebagai ubatan merawat atau mencegah. Dah sah2 dr tu salah dri segi undang2. Menang mudah jah kkm nanti, dr tu silap2 kena katup klinik. Kahkakhkah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list