Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
862
View
6
Reply

[Jenayah] LANGKAWI dah jadi port dadah ek, Syabu dan heroin bernilai lebih RM80,000 dirampas

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-6-2021 08:15 PM | Show all posts |Read mode

Syabu dan heroin bernilai lebih RM80,000 yang dirampas polis hasil serbuan di sekitar Kampung Kubang Badak, Langkawi. FOTO IHSAN POLIS


Langkawi: Penahanan tiga lelaki yang juga pengedar dadah pada serbuan berasingan semalam, membawa kepada penemuan bahan terlarang terbabit bernilai lebih RM80,000.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, tiga suspek itu berusia 31 hingga 44 tahun dan ditahan pada operasi bermula jam 6 petang hingga jam 9 malam.

"Tangkapan pertama membabitkan dua lelaki berusia 31 dan 40 tahun di tepi jalan di Kampung Kubang Badak. Kami merampas syabu seberat 83.80 gram.

"Suspek yang berusia 40 tahun memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya pada kenyataan hari ini.

Shariman berkata, susulan itu, polis menahan suspek ketiga di kawasan berhampiran dan merampas heroin seberat 3.80 gram.

"Suspek ketiga berusia 44 tahun memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah.

"Serbuan ketiga di sebuah rumah, juga di kawasan berhampiran, hanya membabitkan rampasan syabu seberat 532.20 gram," katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut menyita sebuah Perodua Myvi dan motosikal bernilai lebih RM23,000.

"Dadah dirampas boleh digunakan oleh 2,053 penagih.

"Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah. Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-6-2021 08:16 PM | Show all posts
bukan sikit2 dadah dia... bahaya ni... mesti sana ramai pelancong yg beli....sosial kt sana dah la lain macam sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkawi...mesti murah.....agaknya...lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 09:19 PM | Show all posts
elok bunuh cepat, celaka ni sekoq boleh merosakkan 2,053 individu lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 05:58 AM | Show all posts
susah nak control border langkawi ni. belah utara dan barat dekat dengan pulau pulau thailand.
kemungkinan penggunaan drone untuk seludup dadah tu ada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti geng2 mik kturunan myanmar tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 11:11 AM | Show all posts
MP langkawi pun tak lama lagi dahhh maka ada dia kesah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list