Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
2836
View
49
Reply

[Tempatan] Kerajaan memang buta atau pekak? Rakyat tak tahu nak gadai apa lagi ni...

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-7-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Kami tiada pilihan


Kira-kira 50 pemandu bas warga emas terpaksa menjual bas sekolah di pusat besi buruk.


Kuala Lumpur: Kira-kira 50 pemandu bas warga emas terpaksa menjual bas sekolah di pusat besi buruk bagi mendapatkan wang untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

Tindakan mereka kerana terhimpit masalah kewangan apabila operasi perkhidmatan bas sekolah terhenti sejak awal tahun lalu.

Presiden Persatuan Gabungan Pengusaha Dan Pemandu Bas Sekolah Malaysia Muruga Malai berkata, mereka mula menjual bas sekolah yang sebelum ini menjadi punca utama pendapatan secara berperingkat awal tahun ini.

"Purata harga sebuah bas yang dijual di pusat besi buruk ialah RM7,000 dan wang itu digunakan secara cermat untuk perbelanjaan keluarga.

"Pada mulanya, memang mereka berat hati menjual bas itu, tetapi tiada pilihan memandangkan kebanyakan bas sekolah ini sudah berusia lebih 25 tahun," katanya.

Muruga, 66, yang juga pemandu bas sekolah berkata, industri perkhidmatan bas sekolah sudah lumpuh dan sukar untuk bangkit semula.

"Ada kalangan ahli mengambil langkah menukar kelas lesen kepada bas pekerja kilang demi mendapatkan wang menyara keluarga.

"Dua bas sekolah saya sudah lama tersadai di hadapan rumah dan saya kini melakukan kerja kebun sejak tidak memandu bas," katanya.

Menurut Muruga, ramai dalam kalangan ahli persatuan itu adalah ibu tunggal dan warga emas.


sumber youtube


Mereka juga melakukan beberapa pekerjaan termasuk berniaga untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Menurutnya, pemandu bas sekolah turut menghadapi satu masalah lain iaitu modal untuk memulakan semula operasi bas sekolah apabila dibenarkan kelak.

"Sebuah bas sekolah 44 penumpang memerlukan sekurang-kurangnya RM6,000 untuk kos penyelenggaraan selepas lama tersadai sebelum boleh beroperasi semula.

"Ini untuk penggantian bateri, tayar, pemeriksaan dan sebagainya. Kos itu membuatkan pemandu bas 'pening'," katanya.

Katanya, dia turut mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk kebenaran melanjutkan had operasi bas kepada 35 tahun, tetapi belum mendapat jawapan.

"Ini kerana ramai pemandu bas sekolah adalah warga emas dan mereka tidak boleh membuat pinjaman bank untuk pembelian bas sekolah baharu," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Rabbi..semoga Allah permudahkan urusan semua yg dlm kesusahan, di dunia & akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 21-7-2021 10:04 PM
Ya Rabbi..semoga Allah permudahkan urusan semua yg dlm kesusahan, di dunia & akhirat.

Siannya... bg aku laa tak payahlaa pi gaza.. gaduh pasal gazalaa.. patot round satu mesia ni udah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujian kecik je ni...jual bas je bukan mati sb kobid ~ porumer cikbudus
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya da lth nak ckp psl kerajaan yg ada skrg ni. Da bnyk kptsn silap yg dibuat.

Aku terpk kalo kerajaan yg ada skrg ni yg uruskan krisis kewangan 1998, god big disaster. Sama ada negara da kena jual atau kita jd miskin mcm negara smolia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya simpati...

Cuma susah nak hadam berita ni. Takkan setahun tak gerak, bas boleh jadi besi buruk?

Kalau katakan beroperasi macam biasa sebab tak de Covid-19 ni semua, takkan begitu teruk kondisi bas yg membawa budak2 ke sekolah?

Pastu baca lanjut tengok nama Pengerusi tu, iols terus jadi skeptical... Huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:07 AM | Show all posts
Katanya, dia turut mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk kebenaran melanjutkan had operasi bas kepada 35 tahun, tetapi belum mendapat jawapan.


35 tahun ni bukan dh terlalu uzur ke nak digunakan..elokla minta kerajaan kenalkan skim untuk tukar bas dengan lebih baik daripada lanjutkan usia penggunaan bas lama ni.bahaya untuk penumpang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki semua yang tengah kesusahan sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan...

Kerajaan kita pekak, buta, tamak, selfish, macam2 la. Dah sedia maklum tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 21-7-2021 10:08 PM
Siannya... bg aku laa tak payahlaa pi gaza.. gaduh pasal gazalaa.. patot round satu mesia ni udah. ...

Dari dlu lg sibuk nk ke gaza. Ebit tu ada jugak nmpk tlg yg dkt malaysia. Yg lain2 selalu masuk gaza tu ada ke x tlg org malaysia. Heliza tu dari buat tiktok psal gaza, baik tlg org2 susah kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:29 AM | Show all posts
kesian nya. moga yang terkesan ni semua di permudahkan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan durian lagi penting daripada ambil tahu kebajikan rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 01:40 AM | Show all posts
Edited by brego at 22-7-2021 01:47 AM
che-cikL replied at 22-7-2021 12:03 AM
Saya simpati...

Cuma susah nak hadam berita ni. Takkan setahun tak gerak, bas boleh jadi besi bur ...

kan dalam artikel tu tulis kebanyakkan bas umur lebih 25 tahun.
nak make up bas pun income takdak.
kalau 2 tahun tak bawak dan tak maintain, konfem la jadi besi buruk.

barang lama ni kalau sentiasa jaga n maintain, nampak elok.
kalau tak buat maintenance, nampak buruk.

sama dengan bini senior jugak lah,
nak nampak comel kena maintain diri pegi spa,
kalau tak nanti nampak huduh macam mak lampir  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 02:38 AM | Show all posts
otai_g replied at 21-7-2021 11:27 PM
Sbnrnya da lth nak ckp psl kerajaan yg ada skrg ni. Da bnyk kptsn silap yg dibuat.

Aku terpk kalo ...

huntong laaa Tun Det yg teraju ms krisis 98 tu... siap dpt buat komanwel dengan gah nya.... kalo gomen skrg n lobai emmmmmmmmmm jadi apa pun xtau lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 22-7-2021 02:38 AM
huntong laaa Tun Det yg teraju ms krisis 98 tu... siap dpt buat komanwel dengan gah nya.... kalo g ...

zaman najib lg untung, tak rasa pun ada krisis ekonomi, aman2 je korang dok kutuk rosmah padahal satu dunia tengah hadap krisis ekonomi yg sepuluh tahun sekali tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 22-7-2021 01:23 AM
Dari dlu lg sibuk nk ke gaza. Ebit tu ada jugak nmpk tlg yg dkt malaysia. Yg lain2 selalu masuk ga ...

Aku pun heran.. nak sgt tolong pakestine.. bkn tak bg tp berpadalahh.. sggup gadai nyawa pi sana.. baiklaa tolong org mesia.. ibu tungal selambak.. anak yatim piatu selambak.. byk yg tak dpt pembelaan sewajarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bas dh 25 tahun..ada 2 lg bas nye tersadai..tp mmg ramai jatuh miskin gara2 covid!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 22-7-2021 12:03 AM
Saya simpati...

Cuma susah nak hadam berita ni. Takkan setahun tak gerak, bas boleh jadi besi bur ...

Apa option dia orang ada? Xkan nak jual di carsome or mudah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Income xda. Maintenance bas lagi. Nak bagi makan anak bini lagi. Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm aku terkenang org2 di sektor2 yg masih belum beroperasi
Cemana la nak hadap hari ke hari
Kalau yg jenis boleh switch ke online tu lain la, boleh la gak survive
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list