Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
19602
View
161
Reply

'Selamat tinggal Melodi'

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 07:20 PM | Show all posts |Read mode
'Selamat tinggal Melodi'
Oleh Fatin Farhana Ariffin - Julai 24, 2021 @ 6:47pm
fatin.farhana@bh.com.my


Awal Ashaari mengumumkan berita pengunduran diri daripada program hiburan popular dan sensasi, Melodi menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), petang ini. - Foto IG Awal Ashaari

KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Awal Ashaari mengesahkan khidmatnya dengan rakan gandingan, Janna Nick selaku hos program hiburan popular, Melodi berakhir, semalam.

Rakaman program Melodi minggu ini menjadi episod terakhir buat mereka.

Memikul tanggungjawab selaku hos program Melodi sejak 2012, Awal mengakui, sedih untuk mengumumkan berita pengunduran ini.

"Ucap selamat tinggal paling sukar apabila anda tidak dapat mengungkapkannya.

"Dua minggu yang cukup sugul buat saya. Ikutkan hati, saya mahu mendiamkan diri, tetapi ramai sudah bertanya, jadi tidak baik membiarkan peminat dan rakan media berteka-teki.

"Semalam (Jumaat) adalah hari terakhir saya bersama program Melodi. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami hanya bersiaran secara virtual. Dan, petang semalam adalah rakaman terakhir saya bersama Janna dari rumah masing-masing.

"Stesen televisyen mengambil keputusan menggantikan pengacara sedia ada dengan 'In-house Talent' bernaung di bawah Media Prima Berhad (MPB) mulai Ogos depan sebagaimana kami diberitahu.

"Dua minggu diberikan untuk kami menghabiskan dua episod terakhir sebelum program Melodi memperkenalkan hos baharu," katanya.

Awal mengumumkan berita pengunduran diri daripada program hiburan popular dan sensasi itu menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), petang ini.

Awal berkata, dia percaya kepada rezeki, qada dan qadar.

"Bukanlah niat menongkat langit. Namun, usia lapan tahun sudah cukup untuk mana-mana pengacara menjadi matang dan beroleh kepuasan dalam program kendalian mereka.

"Saya reda, sedikitpun tidak terasa hati," ungkapnya.


Awal Ashaari mendoakan program Melodi kekal utuh sebagai program hiburan nombor satu di Malaysia. - Foto IG Awal Ashaari

Awal berkata, dia melakukan pendedahan dalam IG sebelum mengatur langkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

"Saya berterima kasih kepada enam penerbit dan enam hos silih berganti bersama saya sepanjang lapan tahun ini.

"Mereka adalah Muhammad Sufian Che Isa, Azman Abdul Ghaffar, Jamil Hassan, Michelle Wee dan Noradillah Abdullah (Adeed). Terima kasih mempercayai bakat dan mencurahkan segala ilmu selama ini.

"Juga rakan gandingan seperti Datuk Dira Abu Zahar, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Zulin Aziz, AG Azmeer dan Janna. Tidak lupa, keluarga kecil Melodi, Nik Syafiq Hadhari, Nurul Izza Safar, Suhairiyah Zahrih, Josephine Phen, Nuraisyah Maswan, Nadia Mukhsil, abang teknikal dan semua yang bertungkus lumus memastikan Melodi dapat bersiaran secara langsung setiap Ahad, selama ini.

"Buat penonton Melodi dari mula saya bersiaran hingga episod akhir, esok, terima kasih tidak terhingga diucapkan.

"Saya minta maaf sekiranya ada salah silap sepanjang mengendalikan Melodi," tulisnya.

Awal turut berterima kasih kepada pengurusan MPB kerana memberi peluang kepadanya menjadi sebahagian legasi program hiburan popular itu.

"Ini adalah pencapaian terbaik sepanjang kerjaya saya. Dari kecil, saya tengok Melodi, semua idola saya pernah mengacarakan program ini. Apabila dapat mengacarakan Melodi, ia satu pengiktirafan cukup besar buat saya.

"Kepada bakal pengganti saya di Melodi, tahniah. Saya yakin awak mampu menggalas tanggungjawab ini. Melodi bukan sekadar kerjaya, tetapi tanggungjawab dan legasi yang diamanahkan kepada setiap pengacara.

"Saya mendoakan Melodi akan kekal utuh sebagai program hiburan nombor satu di Malaysia.

"Buat terakhir kalinya, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, berdiri atas bakat sendiri," tulisnya.

Sumber: BH Online

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-7-2021 07:20 PM | Show all posts
[ig]https://www.instagram.com/p/CRs7kFqrFOU/[/ig]
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang awal undur, kalau mek jenna tu ok la mmg tak berbakat jd pengacara..tapi why awal ya..maybe tak mampu bayar rate awal kot..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai media prima lay off ni. Awal, janna, deen, fizie, mark suddenly.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
undur diri apanya.. kena terminate kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde org nak tengok dah....rasanye semua nak baca gossip pun lagi juicy kat forum n Twitter....nak tau pasal artis tengok IG masing2 jer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Melodi pun lama xtgk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun dh bertahun2 tak tgk melodi mengantuk tgk comtent
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:35 PM | Show all posts
lama dah tak tengok melodi semenjak semuanya di hujung jari sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Usahkan melodi yang lagho..buletin utama pun dah lama sayonara..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:44 PM | Show all posts
last kali tgk melodi masa gossip vokuru  beraya rumah friska
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah beria aruah pitput throwback pasal melodi kat igs heshe.. Katanya dlm masa beberapa hari dah nak capai 30thn umur melodi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
So siapa pengacara baru? In house talent?..yg rupa iras lofa tu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahai ka bayar depa2x ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
da kena ikut peredaran zaman skrg mcm surat khabar jgk.. xde da org nak layan tv, radio sedangkan dorg leh tgk utube dan download je lagu yg nak
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 24-7-2021 07:31 PM
Takde org nak tengok dah....rasanye semua nak baca gossip pun lagi juicy kat forum n Twitter....nak  ...

Hahahahaha.. Setuju. Kat utube mleambak2x utuber cover crite lasal retis... Dengan mcm2x cara.. Hahaha.. Cedok sane sini sikit tiber dh jd utube content... Pastu skrg dh ramai wartawan online ni... Melodi buang duit ja bayor janna n awal mahai2x..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 24-7-2021 07:52 PM
Mahai ka bayar depa2x ni...

rm1k je satu episod tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Si Anak Amy Search tu rupanya yg nk ganti awal dgn Janna
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:14 PM | Show all posts
Dek miwaa basic bukan lagi host Nona
Ganti dgn amyra rosli

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ngacara-baru-melodi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 24-7-2021 08:04 PM
Si Anak Amy Search tu rupanya yg nk ganti awal dgn Janna

In house talent la sangat..mcm takde orang lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list