Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1343
View
5
Reply

Melodi, lirik epik Biru Malam, calon ke AJL

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Melodi, lirik epik Biru Malam, calon ke AJL
  • Oleh MOHD. HAIKAL ISA
  • 24 Julai 2021, 11:00 am



LANTUNAN vokal merdu dan harmoni Amir Masdi melengkap paduan bersama rapper Chubb-E menerusi lagu Biru Malam.

SEJAK kebelakangan ini, penulis banyak menghabiskan masa mendengar radio sama ada di rumah ataupun ketika berada dalam kereta menuju ke pejabat.

Dalam banyak bebelan penyampai radio, terdapat sebuah lagu yang sering berkumandang dan mudah melekat di halwa telinga berjudul Biru Malam nyanyian Amir Masdi dan Chubb-E.

Biarpun karya ciptaan sepenuhnya Chubb-E tersebut bukanlah lagu baharu, Biru Malam cukup menangkap tumpuan. Bukan hanya memiliki kekuatan melodi yang sangat indah, terkandung juga nukilan lirik bermesej positif Biru Malam begitu menjentik sanubari setiap pendengar.

Pesona melodi, lirik

Bahagian intro Biru Malam sahaja sudah cukup mempesona.

Walau senyum indah cahaya, bagai bulan kala gelita. Frasa itu bukan hanya duduk pada posisi melodi yang mencengkam, dari segi penulisan lirik, pemilihan perkataannya juga mudah berhubung dengan sesiapa yang sahaja.

Apatah lagi, pada saat kebanyakan daripada kita sedang bertarung dengan permasalahan Covid-19, waktu malam merupakan bahagian manusia memberi refleksi terhadap yang berlaku pada siang hari.

Itu satu kenyataan rawak daripada penulis yang cukup terkesan dengan apa yang berlaku kepada dunia sekarang, baik dari segi sosial, politik, ekonomi dan bahkan mental.

Kita boleh mengukir senyuman dan berpura-pura dunia ini tidak sakit, namun kesannya pada diri, hanya kita dan Yang Maha Esa tahu apa sebenarnya berlaku dan apa yang sedang bergejolak.

Selain dari segi melodi dan lirik yang secara peribadi layak mendapat markah A, paduan vokal melibatkan Amir dan Chubb-E juga begitu mengagumkan. Asyik!

Paduan vokal kelas A

Kolaborasi listrik yang saling melengkapi antara satu sama lain Amir dan Chubb-E boleh diibaratkan seperti mentega dan bawang putih dalam misi melengkapi juadah creamy garlic pasta.

Terdapat kejelasan atau clarity dalam vokal Chubb-E yang tidak boleh disangkal dan memerlukan tumpuan arus perdana. Buat Amir, apa yang dilontarkan daripada kotak suaranya memberi maksud kekuasaan atau pengaruh. Sudah tiba waktunya dua anak seni itu diangkat.

Maksudnya, mereka layak berdendang dalam acara-acara besar supaya peminat atau pendengar tahu siapa yang berkualiti dalam industri seni negara yang tidaklah sebesar mana ini.

Tidak salah Biru Malam juga diberikan ruang dan peluang untuk menonjol dalam acara berprestij seperti Anugerah Juara Lagu. Kalau boleh lagu ini dicalonkan dalam Muzik-Muzik, silalah berbuat demikian. Kalau sudah menerima pencalonan, sokong dan undi agar karya sebagus ini mampu menapak ke acara ulung negara.

Bahagian rap Chubb-E pada hujung lagu juga sangat berkesan. Tambah berkesan apabila Amir memasukkan bisikan harmoninya. Kerjasama itu bagaikan seni menggelecek bola dan disudahkan sempurna ke tiang gol. Padu dan tahniah!

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-7-2021 07:38 PM | Show all posts
[youtube]tXcW9oZQC_A[/youtube]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-7-2021 07:39 PM | Show all posts
[youtube]JH8hx7HiCKk[/youtube]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-7-2021 07:39 PM | Show all posts
[youtube]VFEbAcrcLrM[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Best lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:05 PM | Show all posts
best juga lagu dia... cumanya sedih iols tengok amir tu herlok2 jadi jejan straight dan comel tiba2 jadi pengkid siap bersanggul... dah tak herlok langsung dah rupa... siapa la stylist dia yach? stylist tu adakah bapok bottom dan rabun?

sama macam ara tu... ikutkan dia rambut panjang lagi lawa... tapi konon nak kekalkan signature look terus jadi pengkid tak siap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list