Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
2009
View
7
Reply

Lalu-lalang depan kamera

 Close [Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Lalu-lalang depan kamera
Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


BERSAMA Aedy Ashraf ketika penggambaran Budak Tebing 2.

"Karier saya betul-betul bermula sebagai pelakon tambahan yang hanya lalu lalang depan kamera," kata pelakon Nelissa Nizam, 23, bercerita mengenai permulaan kerjaya lakonannya.

Nelissa berkata, dia positif mengambil itu sebagai pengalaman dan dalam tempoh terbabit turut menyertai kelas lakonan dengan pelakon berpengalaman.

"Baik drama mahupun filem, saya hanya muncul dengan watak begini. Jadi, sebagai cara untuk memajukan diri dan memantapkan lakonan, saya sertai kelas lakonan ibu Fauziah Nawi, Taiyuddin Bakar dan Najwa P Ramlee.

"Alhamdulillah cara ini berhasil kerana saya sekarang sudah diterima baik dalam lakonan terutamanya selepas tampil dalam Budak Tebing 2.

"Begitu juga filem kerana saya dah mula diberikan watak besar. Ia sesuatu yang bagus kerana saya sudah ada banyak pengalaman menerusi kelas dan berlakon," katanya kepada Harian Metro.


BELAJAR ilmu lakonan dengan Fauziah Nawi.

Nelissa mula dikenali peminat menerusi drama Titian Cinta. Popularitinya semakin meningkat apabila membintangi drama Jalan Sesat Ke Syurga.

Watak jahat sebagai Maria dalam Budak Tebing 2 terus mengangkat namanya kepada peminat.


SAMBUNG pengajian separuh masa di UiTM.

"Ke mana-mana pergi pun sekarang orang dah mula panggil saya dengan nama Maria. Malah, pengikut saya di Instagram juga bertambah.

"Inilah rezeki saya. Bagaimanapun dalam seronok berlakon, saya tak lupa sambung pengajian ijazah dalam Komunikasi Massa (Komunikasi Interpersonal) secara separuh masa di Universiti Teknologi Mara  (UiTM) Shah Alam.


NELISSA anggap karier bermula sebagai pelakon tambahan itu sebagai positif untuk kerjaya lakonan.

"Saya minat berlakon, menyanyi dan mengacara. Kalau boleh saya nak jadi serba-boleh dalam semua bidang ini," katanya yang kini muncul dalam drama SiTik Tok di TV3.

Disiarkan pada: Julai 24, 2021 @ 6:20am

Sumber: myMetro

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:41 AM | Show all posts
sape ni.. tak kenal pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka cerita ni. Tapi memang karakter aedy ashraf tu kena maintain rambut biru tu ke sampai bila2? Haukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk IG dia bukan kemain menyeksi orangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala2 ayda jebat
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
whoareyussssss tapi moga maju jaya dek
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Seksi dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:48 AM | Show all posts
Muka dia tak cukup lembut untuk jadi heroin.. Maybe bakal berterusan jadi watak lalu lalang atau watak tambahan berdialog..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list