Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
887
View
0
Reply

Alif Satar selesa bersama The Locos

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Alif Satar selesa bersama The Locos
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Dari kiri, Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Alif Satar (penyanyi), Rajwan Juni (dram), Faliq Auri (seksofon).

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Alif Satar mengakui semakin selesa bergerak secara berkumpulan bersama The Locos dan kini dikenali dengan nama Alif Satar & The Locos.

Alif, 31, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, sebagai penyanyi, membuat persembahan dengan kumpulan atau band lebih memberi kepuasan.

"Sejak menubuhkan The Locos lima tahun lalu dan bekerjasama dalam beberapa projek, saya tak fikir sangat kerjaya solo. Tapi tidak tahu pada masa akan datang macam mana. Cuma, buat masa sekarang saya selesa bersama The Locos.

"Malah, saya tak nampak akan keluarkan lagu solo. Kalau ada pun, The Locos tetap di belakang saya. Ia terbukti menerusi lagu Sesungguhnya kerjasama bersama Raihan pada 2019. Walaupun ia lagu nyanyian semula, tapi ia memberi impak.

"Jadi, Alif Satar & The Locos adalah hala tuju saya sekarang. Kalau boleh berlakon pun nak bawa mereka. Cuma, tidak bermakna saya sudah tarik 'hand break' sebagai penyanyi solo," katanya pada sidang media secara virtual, hari ini.

Terbaharu, menerusi Alif Satar & The Locos, mereka melancarkan single berjudul Anugerah Terindah yang dihasilkan sejak 2019.

Menurut Alif, ilham menghasilkan lagu itu ketika mereka mengadakan persembahan jelajah di Sheifield, United Kingdom (UK) pada Februari 2019.

"Lagu ini bergenre pop, R&B dan mempunyai sedikit pengaruh muzik 90- an. Lagu ini dicipta oleh saya, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwais. Lirik pula oleh saya bersama Shah Shamsiri dan Romeo.

"Proses pembikinan single ini mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan iaitu dari 2019 sehingga tahun ini. Betapa uniknya lagu ini kerana ia adalah ciptaan bersama sebagai sebuah kumpulan muzik yang bermula di UK dan kemudiannya bersambung di Malaysia tahun lalu ketika Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah ke dalam studio muzik tahun ini," katanya.

Alif Satar & The Locos juga adalah artis pertama Malaysia yang melancarkan lagu di dalam versi Spatial Audio yang dikuasakan oleh Dolby Atmos. Versi Spatial Audio ini hanya tersedia untuk pelanggan Apple Music tanpa kos tambahan.

Serentak dengan pelancaran lagu Anugerah Terindah, video muzik arahan Ghaz Abu Bakar yang berkonsepkan 'Black & Gold' itu akan dilancarkan di saluran YouTube Warner Music Malaysia jam 8.30 malam ini.

Disiarkan pada: Julai 23, 2021 @ 5:31pm

Sumber: myMetro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list