Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
2239
View
6
Reply

※Lama dah saya tidak bertugas di Hot FM§ 每 AG

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-7-2021 04:29 PM | Show all posts |Read mode
※Lama dah saya tidak bertugas di Hot FM§ 每 AG



  • Oleh FATHULLAH ABU BAKAR
  • 23 Julai 2021, 3:59 pm

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio terkenal, Muhammad Azmir Selamat, memaklumkan telah kembali ke udara di Hot FM setelah lima tahun meninggalkan stesen radio tersebut, hari ini.

Dia yang lebih dikenali sebagai AG, berkongsi khabar tersebut menerusi satu hantaran video di entri Instagramnya.

Di samping itu, AG yang sebelum ini merupakan penyampai radio di Kool FM telah mendapat panggilan daripada majikannya yang memaklumkan untuk dia bertugas di stesen Hot FM, pagi tadi.

※Ramai yang tertanya AG pergi mana kerana sudah lama tidak ke udara. Sebenarnya saya sedang bercuti lebih kurang dua minggu.

※Tetapi hari ini, boss membuat panggilan meminta saya datang bertugas disebabkan kecemasan. Tidak mengapa, perkara ini normal dan biasa.

※Namun, cuma hari ini saya ditugaskan di stesen Hot FM. Hari ini saya akan bertugas di Hot FM bukan Kool FM, lama dah saya tidak bertugas di stesen radio itu,§ katanya di Instagram.

Tinjaun Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan peminatnya berasa amat teruja setelah otai sudah kembali melontarkan suaranya ke udara di Hot FM.

Sebelum ini, Fizie dan Mark Adam, telah meninggalkan kerjayanya sebagai penyampai radio di stesen radio Hot FM, isnin lepas.

Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:22 PM | Show all posts
pelik plak camne bos soh pi duty sana sini. kool n hot bukan satu company kan. satu media prima satu astro
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 25-7-2021 05:22 PM
pelik plak camne bos soh pi duty sana sini. kool n hot bukan satu company kan. satu media prima satu ...

Dua-dua under MP
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 06:25 PM | Show all posts
ni ala2 kena cover staf kejap gitu lah konsepnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:36 AM | Show all posts
helicornia replied at 25-7-2021 05:22 PM
pelik plak camne bos soh pi duty sana sini. kool n hot bukan satu company kan. satu media prima satu ...

siot betul macam frontliner kontrak gitu

doktor n nurse kontrak kena lari2 jaga pesakit covid
kejap g hospital kejap maeps


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
main pusing2 gitu je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
harap AG kekal kat kool fm. Suka dgr trio AG, Haiza n Muaz pagi2 bincang isu semasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list