Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12729
View
116
Reply

[Tempatan] Kisah seram dinihari-pakcik misteri ceroboh rumah orang

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-7-2021 03:06 PM | Show all posts |Read mode
https://www.kosmo.com.my
Misteri orang tua masuk laman rumah awal pagi
mis.png
PETALING JAYA C Sebuah taman di Sungai Petani, Kedah gempar apabila kelibat seorang lelaki warga emas menceroboh beberapa kediaman seawal 5 pagi berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) salah sebuah rumah di sana.

Menurut satu hantaran Zulhafidz Yahaya di Facebook, dia menyedari kehadiran sebuah kereta Proton Iswara berwarna merah berlegar-legar di kawasan kejiranannya.
Menurutnya, seorang lelaki tua bertongkat kemudiannya dilihat masuk kawasan rumah jiran yang terletak di hadapan kediamannya.

Jiran depan rumah ini India dan mereka bela banyak anjing termasuk seekor anjing hitam yang besar untuk jaga rumah. Orang tua ini boleh buka sangkar dan main dengan anjing hitam besar itu.
Anjing-anjing itu semua tak menyalak pun! Biasa anjing kalau bau orang tak dikenali, akan menyalak, katanya menerusi hantaran tersebut hari ini.

Menurut Zulhafidz, jirannya itu tersedar disebabkan dia bangun awal untuk masak.
Isteri jiran terkejut ada lelaki tercegat dicelah-celah pandangan cermin dapur. Bila lelaki tua itu sedar ada orang nampak dia, dia tak lari pun. Dia siap tenung.

Kawasan perumahan ini semua rumah memang pagar automatik tapi wallahualam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan pagar, katanya.
Mengulas lanjut, katanya, orang tua itu tidak mengendahkan pertanyaan jirannya itu sewaktu sedang berjalan keluar dari halaman rumahnya.

Macam orang buat-buat bodoh dan uncle itu macam tak sedar bila lelaki ni keluar semula dari pagar automatik. Dia cuba kejar tapi tak dapat.
Nak kata dia lompat atau panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sangat tinggi dan dia berkain dan bila hari cerah, tak ada langsung kesan orang panjat pagar walau pagar dicat putih, katanya.

Katanya, menerusi rakaman CCTV, kereta Iswara itu meninggalkan lokasi tersebut dan gagal dikejar oleh jirannya itu.
Tambah Zulhafidz, sejak beberapa hari lalu, rumah-rumah di kawasan berkenaan akan terputus bekalan elektrik antara 1 hingga 2 minit malah penggera turut berbunyi sekitar 4 hingga 5 pagi.

Saya ada beberapa kali terdengar bunyi macam orang kuis-kuis batu kerikil tepi rumah. Mohon doakan Allah lindungi kami sekeluarga dan kejiranan ini.
Dah buat laporan polis dan kami dimaklumkan itu orang gila. Pihak polis tak nampak motif lain lagi, katanya. C K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:08 PM | Show all posts
Luar biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeng jeng jeng..misteriii
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:16 PM | Show all posts
misterinya pakcik tersebut.anjing pun x salak
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp 1 bunyi ketuk2 pintu, pkp 3 pokcik plk menjengah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
orang gila bahaya sekarang
.kambing dirogol nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg misteri aa dgn kaki ayamnya, tongkatnya, pastu siap main2 dgn anjing dan anjing x menyalak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:41 PM | Show all posts
little_sis replied at 30-7-2021 03:38 PM
Mmg misteri aa dgn kaki ayamnya, tongkatnya, pastu siap main2 dgn anjing dan anjing x menyalak...

tp dia naik iswara xde la misteri sgt.klu terbng baru misteri
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:45 PM | Show all posts
Pagi tadi nk pergi kerja, masa tgh drive nk keluar simpang, ada 3 ekor anjing mengejar keta i..

nasib dlm kereta..tp berderau la darah juga takut terlanggar ka apa..

kira suwey la juga i sb dlm kereta pun anjing boleh panas...

pakcik ni harus disiasat utk kenalpasti siapakah beliau? apa ilmu beliau? kenapa beliau mistik sebegitu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 03:53 PM | Show all posts
Ada gambar dia tak di censored kat FB. Seram lak bila tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram. Pengamal ilmu Hitam?  Testing ilmu?? Ker saka cari tuan??? Muka tu kenapa cover?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aii seram tul
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Test power ke tu? Mohon kaka @sarah82 teropong sikit uncle ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 30-7-2021 07:53 AM
Ada gambar dia tak di censored kat FB. Seram lak bila tgk.

Post lah sini.. nak tengok , seram sama2
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ummah fb zoom gambar dia utk kasi jelas guna apps remini, dah rupa nazim othman pulak jadinya muka pakcik misteri ni

Ada jugak komen yg kata dia ni mat pit

FB_IMG_1627634889668.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cha-cha replied at 30-7-2021 04:58 PM
Post lah sini.. nak tengok , seram sama2

Tengok sini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
eee ilmu ape lak pelik2 ni seram lak.
ke aktif lompat galah kot dulu tu yg senang lps pagar xde jjak
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok muka dia serius seram

Macam mana dia masuk panjat ke atau tembus je?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:11 PM | Show all posts
ni la antoo raya abah moooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca polis.dh pi tgk n kata pakcik ni kurang waras.

Dok scroll comments yg kata hijab depa terbukak ada nampak mcm2 kt gambar tu. Yg seram boleh tenung elok cctv/camera.

Dah la dekat area taman perumahan aku woi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list