Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
11684
View
100
Reply

[Politik] 107 MP pembangkang, kecuali Umno hadir: Undur Mahiaddin bergema di Dataran Merdeka

[Copy link]

Author: Abahmung       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-8-2021 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 2-8-2021 12:21 PM



LANGSUNG DARI PARLIMEN | FRU sekat MP pembangkang, perarakan bersurai
Pasukan Malaysiakini

Diterbitkan 2 Aug 2021, 9:49 am
Dikemaskini 11:49 am

Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembangkang cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat.

Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke  parlimen hari ini.

Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya .

Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19.

Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung.

Kerajaan angkuh makin terasing dari rakyat - Nik Nazmi

11.10 pagi: Setelah mendapat arahan bersurai, Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan PN bertindak angkuh yang menjadikannya semakin terasing dari rakyat.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pula mengatakan kerajaan tidak wajar menghalang ahli parlimen pembangkang memasuki parlimen.

"Tidak masuk akal sama sekali semua anggota parlimen dilarang memasuki bangunan Parlimen hari ini tetapi mesyuarat PAC dibenarkan untuk dilanjutkan, dan kakitangan parlimen boleh bekerja di bangunan ini," katanya.

Lim berkata seorang pegawai kanan polis memberitahunya tiada sesiapa memberi arahan untuk melarang anggota prlimen memasuki parlimen ketika dia bertanya perkara itu.

Anwar umum perarakan bersurai

10.43am: Persimpangan Jalan Parlimen- Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai setelah polis menyekat mereka memasuki Dewan Rakyat.

107 MP pembangkang sertai perarakan - Anwar

10.39am: Persimpangan Jalan Parlimen - Beberapa ahli Parlimen gagal berunding dengan pihak polis untuk membenarkan mereka memasuki parlimen.

Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata seramai 107 ahli parlimen dari semua parti pembangkang menyertai perarakan pagi ini.

Dia berkata, Speaker Dewan Rakyat gagal menunaikan tanggungjawabnya apabila cuba melindungi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menurutnya telah kehilangan keabsahan sebagai perdana menteri.

FRU sekat MP masuki parlimen


10.35am: Persimpangan Jalan Parlimen - Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen.

Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

"Semua orang, bersurai. Kami tidak akan benarkan sesiapa pun masuk, kata seorang anggota dari atas trak berkenaan.

Terdapat barisan trak FRU merah diparkir di belakang kenderaan itu.

Sementara itu, para ahli parlimen berdiri di hadapan sekatan itu dan melaungkan pelbagai slogan termasuk "daulat tuanku" dan "Muhyiddin undur".




MP pembangkang mula berarak

10.25 pagi: Dataran Merdeka - Ahli Parlimen pembangkang mula berarak menuju Parlimen dari sini.

Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan "Mahiaddin dan kabinet letak jawatan" ketika berarak.

Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan 'Reformasi' ketika berarak.




Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka


10.15 pagi: Dataran Merdeka - Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.




'Parlimen tempat kerja MP'

10am: Dataran Merdeka - Sebilangan ahli parlimen pembangkang berkumpul di sini berikutan jalan menuju parlimen disekat pihak polis.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parlimen adalah 'tempat kerja' untuk wakil rakyat dan mereka akan berusaha sebaik mungkin memasuki parlimen.

Pemimpin pembangkang bergilir-gilir memberikan ucapan terlebih dahulu sebelum merancang untuk berarak ke parlimen.

"Undur Muhyiddin, hidup rakyat, hidup Yang di-Pertuan Agong," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di akhir ucapannya, bersama anggota parlimen yang lain.

Turut hadir ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.  




MP berkumpul di Dataran, rancang berarak

9.50am: Ahli-ahli parlimen pembangkang mula berkumpul di Dataran Merdeka sebagai persediaan untuk berarak ke parlimen setelah gagal mengadakan rundingan.

Sejak awal pagi ini, beberapa trak Black Maria dilihat berada di lokasi di sekitar parlimen.

Anggota pasukan Light Strike Force, selain anggota polis biasa dan pegawai trafik turut dilihat di sekatan jalan raya.

MP berkumpul di Bank Rakyat

9.20am: Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata, sekumpulan ahli parlimen lain berkumpul di bangunan Bank Rakyat di Bulatan Dato Onn, kira-kira 1.5km dari parlimen.

"Jalan raya semua disekat. Kami tidak dibenarkan masuk (ke parlimen).

"Jadi kita boleh berkumpul di lokasi lain dan terus berjalan," kata Yii.




Jalan-jalan utama ditutup

9.00 am: Jalan-jalan utama menuju ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur ditutup bagi menghalang kemasukan ahli-ahli pembangkang berikutan penangguhan sidang khas parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menyiarkan gambarnya berdiri di tepi jalan bersama dua ahli Parlimen lain.

"Lockdown Parlimen?! Jalan masuk ke parlimen semuanya disekat oleh polis," katanya di Facebook.

Chan juga berkongsi satu lagi gambar polis trafik sedang bertugas di sekatan jalan raya.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-8-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 2-8-2021 05:04 PM

Tutup parlimen: Ahli parlimen lapor polis

Diterbitkan 43 minit lepas





Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran membuat laporan polis berhubung penutupan parlimen dan tindakan menghalang anggota Dewan Rakyat memasuki bangunan parlimen pagi tadi.

"Dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, ahli parlimen yang diberi mandat dan amanah oleh rakyat mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menghadirkan diri ke parlimen bagi menjalankan tugas mereka.

"Seperti juga yang dititahkan berkali-kali oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, parlimen perlu bersidang bagi membolehkan semua ahli parlimen dan wakil kerajaan menjalankan fungsi dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," menurut laporan itu.

Laporan polis itu dibuat pagi tadi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tambah laporan itu, yang salinannya dilihatMalaysiakini, mereka percaya pihak yang mengarahkan sekatan itu melanggar beberapa peruntukan undang-undang, iaitu:

-Seksyen 124 Kanun Keseksaan - menyerang, mengalang atau menakutkan dengan kekerasan terhadap ahli parlimen daripada menjalankan kuasa kuasa ahli parlimen yang sah di sisi undnag undang.

-Seksyen 124B Kanun Keseksaan - melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

-Seksyen 124C Kanun Keseksaan - berniat untuk menjalankan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

-Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa) 1952 - menyekat dan menghalang ahli parlimen daripada menghadiri parlimen.

Terdahulu, seramai 107 ahli parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak ke parlimen.

Bagaimanapun mereka tidak dapat memasuki bangunan parlimen selepas disekat oleh pihak polis.

Polis membuat sekatan jalan raya bermula di Jalan Parlimen berdekatan dengan bangunan ibu pejabat Bank Rakyat.

Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan atas alasan berlaku penularan kes Covid-19.

Semalam 11 daripada 1,183 orang di parlimen positif Covid-19.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-8-2021 12:18 PM | Show all posts
Dengan 107 di sini, campur dengan pihak sana, Kerajaan PN sudah tumbang
malaysiadateline.com
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / August 2, 2021



Terkini, Ahli-ahli Parlimen pembangkang sedang berarak dari Dataran merdeka dengan membawa kain rentang Mahiaddin & Kabinet letak jawatan.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal, bagaimanapun perarakan diteruskan bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan yang menutup sidang Parlimen hari ini.




Dihalang memasuki Parlimen, Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka
Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) berkata Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah tumbang hari ini kerana kerajaannya sudah tidak mempunyai sokongan majoriti.

Menurut maklumat yang diperoleh Anwar, beberapa pihak dari blok kerajaan sudah pun menyenaraikan nama Ahli-ahli Parlimen yang akan keluar dari barisan kerajaan.

Hari ini kita berhimpun nyatakan bahawa kerajaan Mahiaddin telah tumbang.

Saya dapat maklumat ada dari parti lain, telah mengemukakan senarai keluar dari barisan PN. Dengan 107 di sini, campur dengan pihak sana, kerajaan sudah tumbang.

Ini soal tentang pelanggaran hukum, menggunakan kuasa membelakangi rakyat, membelakangi undang-undang, Parlimen dan derhaka kepada Agong.

Belum pernah berlaku dalam sejarah pelanggaran sebegini rupa oleh perdana menteri dan Kabinet, serta penghinaan kepada institusi raja, katanya ketika berhimpun di Dataran Merdeka hari ini.




Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu merangkap Presiden AMANAH turut mengecam tindakan kerajaan PN yang tidak mengikut Perlembagaan Negara
Ia turut disokong Mohamad Sabu (Kota Raja-PH) yang mendesak agar Mahiaddin meletakkan jawatan susulan kegagalannya menghormati Raja dan Perlembagaan negara.

Kami tak pernah merasai seperti ini di zaman Mahiaddin. Dia mesti pergi, dia langgar semua peraturan, langgar Agong, langgar Raja-Raja Melayu.

Paling penting dia langgar rakyat. Parti politik termasuk Umno kena buat sikap. Sekarang bukan pasal parti mana, tetapi perlembagaan negara sudah dihancurkan Mahiaddin, katanya.

Turut berucap, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:18 PM | Show all posts
Ayo kita hidup di Myanmmar kah?

Penyokong Abah Stroke boleh justify tak action PM kesayangan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:29 PM | Show all posts
Kalau rakyat marhaen berkumpul dn berdemo, itu dianggap biasa.  Rakyat hanya ada cara itu aje bagi menzahir ketidakpuasan hati mereka.  Sekali ini,  MPs  berhimpun dn ingin menuju beramai2  berjalan kaki ke Parlimen, dihadang oleh pasukan polis, keadaan ini sangat2 luar biasa, dn hal paling dahsyat  yg terjadi.  Situasi begini bukan hal spele atau kecil yg boleh dicebik2kan,  ini dah krisis  kepemimpinan  yg gawat sekali. Bagaimanala tanggapan sekalian raja, sultan dn Agong?  Sangat2 menyedihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tak terbilang dengan jari bape kali dah bang non demo
haihhhhhh entah laaa kerajaan sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap umno tarik diri dari PN join kem anwar. Nak tgk zahid najib jadi menteri apa. Ppbm pas relax2 jadi pembangkang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh semua ni. Sila saman.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tak telur UMNO kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:37 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 2-8-2021 03:48 PM

Sabar je lah rakyat menghadap kebodohan menteri yg tak bertepi...



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:37 PM | Show all posts
semua dah vaksin dan kebal dari kobit kot

tak tunjuk contoh yang baik kepada rakyat langsung...

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:39 PM | Show all posts
semoga semua ni kena kobit tahap 5 varian delta
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pm turun....naiklah pm tepi...taktik
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:41 PM | Show all posts
zamzam replied at 2-8-2021 08:31 AM
Aku harap umno tarik diri dari PN join kem anwar. Nak tgk zahid najib jadi menteri apa. Ppbm pas rel ...

Kalau PAS jadi pembangkang , dah tak ada isu untuk buat modal kot..  
RUU... checked
Hudud .....Checked
Judi ....  Checked
Arak..... Checked  
Nikah ikut suka hati.... checked..  
Kes adam ...checked
DERHAKA ...... CHECKED..


rumput kat padang merbuk tu pun dah panjang nar tu...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
membuktikan umno cuma sembang kari..padahal mereka sayang kerajaan derhaka dan pembunuh rakyat

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:41 PM | Show all posts
asudau replied at 2-8-2021 12:37 PM
semua dah vaksin dan kebal dari kobit kot

tak tunjuk contoh yang baik kepada rakyat langsun ...

100% MP mmg dah complete vaksin.dah capai heard immunity pun.knp KERAjaan takut nak buka parlimen??..sampai bila nak biar demokrasi negara ni mati?




Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:43 PM | Show all posts
tak panas ke pakai suit dengan tali leher tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:44 PM | Show all posts
tripleid replied at 2-8-2021 12:41 PM
100% MP mmg dah complete vaksin.dah capai heard immunity pun.knp KERAjaan takut nak buka parlimen? ...

bukak parlimen pun seminggu hari tu..dah rupa monyet dah masing-masing, menjerit-jerit tak tentu hala, bukannya nak bincangkan masalah rakyat pun kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Suma dh complete 2 dos kan? Mana janji2 2 dos diberi kebebasan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:47 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 2-8-2021 01:11 PM
asudau replied at 2-8-2021 12:44 PM
bukak parlimen pun seminggu hari tu..dah rupa monyet dah masing-masing, menjerit-jerit tak tentu h ...

uol nak parlimen senyap sunyi mcm tanah kubor ke baru puas hati?

MP mmg dibayar utk berdebat psl hal ehwal isu rakyat dan negara dlm parlimen tu..kalo dah sunyi sepi mcm perpustakaan tu bukan parlimen namanya.

byk je isu permasalahan negara yg dapat dibangkitkan dlm sidang parlimen minggu lepas..contohnya isu kkm x share data covid dgn gomen selangor smpai terkedu deham baba takleh jawab..jgn terus ingat mp2 dlm plimen tu bertekak kosong takde isi kalo setakat tgk sidang parlimen pun sekerat2 je.



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:48 PM | Show all posts
asudau replied at 2-8-2021 12:44 PM
bukak parlimen pun seminggu hari tu..dah rupa monyet dah masing-masing, menjerit-jerit tak tentu h ...

Kan??? Tapi kurang2 terbukak lah mata sikit.. Org politik bukan boleh diharap pun...... Masa jadi pembangkang aje berdegar2........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list