Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
803
View
3
Reply

[Tempatan] Pemandu maut digilis lori sendiri

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-8-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu maut digilis lori sendiri

Lori sarat muatan balak terbalik dalam longkang selepas menggilis pemandunya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai


GUA MUSANG: Seorang pemandu maut digilis lori balak dipandunya dalam kejadian di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Sungai Lakit di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Arifin Mohamad Noor, 54, berasal dari RKT Kesedar Lela Jasa, Sungai Rek, Kuala Krai, meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika mangsa memandu lori balak itu sendirian.

Katanya, ketika dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang itu, lori mangsa dipercayai mengalami masalah brek hingga terpaksa berhenti di tepi jalan untuk membaikinya.

Beliau berkata, sebaik mangsa memasuki bahagian bawah lori berkenaan untuk membaiki brek, tiba-tiba treler bergerak menggilisnya sebelum terbalik.

"Mangsa memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelah kiri dalam keadaan enjin masih hidup dan bergerak sendiri ke hadapan.

"Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan menggilis menyebabkan kecederaan parah di bahagian pinggang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Choon Foo berkata, treler itu terbalik dalam longkang berhampiran, menyebabkan kayu balak yang diangkut jatuh bergelimpangan.

"Mangsa dikejar ke Pusat Kesihatan Chiku sebelum dihantar ke HSIP Kuala Krai untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, mangsa juga dibuat bedah siasat di hospital itu sebelum diserahkan kepada keluarganya pada pagi ini untuk dikebumikan, sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu . salam takziah utk keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Besaq tu pny kayu balak dh tebang ke
Haiyooo ape nk jd




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list