Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1338
View
12
Reply

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu

[Copy link]

Author: servantforever       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-9-2021 10:40 PM | Show all posts |Read mode


Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu
| Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Muakad (solat yang dituntut oleh Syara). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:

Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat. (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh. (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, Jibril mendatangiku dan berkata, Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam. (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya. (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam. (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah. (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Terer la sapa rajin bangun
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nice sharing..nak sgt tp selalu xsdr
.sbb salah sndiri jgk gedik tdo lambat..kunci jam jah hari2..bgn nya tak jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 8-9-2021 11:08 PM
Terer la sapa rajin bangun

kwn aku slalu bgn tahajud dan solat dhuha. magiknya kalau dia niaga apa2 ja msti laku keras. muka dia berseri2. slalu ckp yg baik2 tp tak bongkak dan takbur. mcm aku lupa waktu solat, dia akan call tnya baik2 dulu. Alhamdulillah Allah kurnia sahabat mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:34 AM | Show all posts
Boleh buat sebelum azan subuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 12:35 AM | Show all posts
Peenah dengar ustaz A. Dusuki cakap solat tidur tu sunat ja, boleh buat sebelum tidur.


Ada juga dengar kalau tak boleh tidur, buat syarat macam tidur ja untuk buat solat tahajud ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 9-9-2021 12:24 AM
kwn aku slalu bgn tahajud dan solat dhuha. magiknya kalau dia niaga apa2 ja msti laku keras. muka  ...

Alhamdulillah. Untung awak ada sahabat macam tu.. Siap call tanya bebaik. Orang makin berilmu.. makin tunduk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 9-9-2021 12:24 AM
kwn aku slalu bgn tahajud dan solat dhuha. magiknya kalau dia niaga apa2 ja msti laku keras. muka  ...

Banyak berkat hidup.
Kazen iols dapat laki banyak rumah, yg meninggal muda. Bila kira nilai rumah berjuta tinggal kat bini.

Ex iols dulu badan dia jadi kuat, rajin tahajjud. Tua pun cergas. Banyak hutang but years later dapat kontrak besar dgn gomen
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2021 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 9-9-2021 02:57 AM
Banyak berkat hidup.
Kazen iols dapat laki banyak rumah, yg meninggal muda. Bila kira nilai rumah ...

betul. keberkatan tu sgt2 laaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 09:35 AM | Show all posts
edayildiz replied at 9-9-2021 12:11 AM
nice sharing..nak sgt tp selalu xsdr
.sbb salah sndiri jgk gedik tdo lambat..kunci jam jah hari2..b ...

Salam. Kalau ikhlas berkehendak, insyaallah, Allah akan permudahkan. Lepas tiap kali sembahyang 5 waktu, masa berdoa, nyatakan keinginan nak bangun tahajut, mohon kepada Allah minta Dia permudahkan. Cuba! Semoga berjaya suatu hari nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 16-9-2021 09:35 AM
Salam. Kalau ikhlas berkehendak, insyaallah, Allah akan permudahkan. Lepas tiap kali sembahyang 5  ...

wslm..terima kasih awk
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2021 03:38 AM | Show all posts

Sama-sama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:03 AM | Show all posts
Edited by NorAddin at 23-9-2021 01:58 AM


salam

selepas ketahui fadilat dan keajaiban solat tahajud ..
maka jangan kamu kejar fadilat dan keajaiban nya ..

walaupun menuntot ilmu itu fardhu ..
ilmu itu jugak akan menjadi hijab yang paling besar
walhal ilmu adalah satu sifat yang paling mulia
d'jadikan oleh Allah Ta'ala ..

so ya ..
jangan biarkan pengajian(ilmu) anda
menggangu pendidikan(amalan) anda
sebab pendidikan itu memerlukan seorang menunjokkan
kerana pendidikan itu adalah
  • practikal(amalan) dari
  • pengajian(ilmu) ..


وَمِنَ ٱلَّيۡلِ
Dan pada sebahagian malam hari
فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ
bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu
عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا
mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
17:79

  • sebab Allah .. perlu jujur
  • kerana Allah .. perlu ikhlas
give your best .. Allah will do d'rest

actually kita buat kerja .. apa saje ..
mesti dengan cinta ..
kalau kita memasang nawaitu .
  • sebab Allah ..
  • kerana Allah ..
insyAllah ..
ia akan jadi salah satu ibadah yang d'terima
aamiin ..

wassalam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list