Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
601
View
0
Reply

BENTENG BENTENG IMAN

[Copy link]

Author: servantforever       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-9-2021 09:18 AM | Show all posts |Read mode
SEBUTIR biji benih yang kita semai, yang kita harapkan ia tumbuh, membesar dan berbuah, mestilah dipagari, untuk mengawalnya dari serangan musuh-musuhnya. Tanpa pagar yang kukuh dan sempurna, musuh-musuh tanaman akan merosakkan juga membunuh pokok-pokok itu dan kita tidak akan memperolehi hasilnya lagi. Waktu itu janganlah mu- suh-musuh itu disalahkan, tetapi salahkanlah diri sendiri yang tidak menjalankan tugas mengawal pokok itu.
Demikian satu ibarat yang boleh memahamkan kita bahawa iman sesudah diusaha mencarinya, wajib pula diusa- hakan memagarinya, guna mengawal dari serangan musuh. Tanpa pagar atau benteng yang kukuh dan sempurna, iman sentiasa terancam oleh musuhnya nafsu dan syaitan dan kita akan sentiasa kehilangan  iman. Waktu itu janganlah nafsu dan syaitan disalahkan, tetapi salahkanlah diri sendiri yang cuai mendirikan benteng iman.
Maknanya dalam Islam, kita tidak sahaja disuruh beribadah dan mujahadah guna mendapat iman, tetapi diwajibkan juga beribadah untuk memelihara dan mengawal iman. Ibadah yang dimaksudkan dapat mengawal iman ialah de- ngan mendirikan benteng iman. Benteng iman ada lima ia- itu:
  • Yakin.
  • Ikhlas.
  • Mengerjakan amalan sunat.
  • Istiqamah beramal.
  • Bertatasusila atau berdisiplin.
YAKINBenteng yang pertama dan terpenting ialah yakin. Adapun sebabnya mengapa yakin mendahului ikhlas dan lain-lain ialah kerana yakinlah yang menjamin sahnya iman sese- orang. Tanpa yakin, iman tidak sah. Dan kalau iman tidak sah, ibadah-ibadah lain tidak ada erti apa-apa lagi. Begitu pentingnya yakin. Apa yang hendak diyakinkan itu? Yakin- kan Allah dengan segala sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat, kitab-kitab dengan segala ayat-ayat dan hukum-hukum, ra- sul-rasul tanpa menolak kerasulan salah seorang daripada mereka, Hari Qiamat dengan semua persoalan tentangnya dan yakin dengan qada dan qadar itu dari Allah dan tidak ada satu kuasa lain yang boleh mengubah ketentuan daripa- da Allah.
Meyakini keenam-enam perkara itu dengan sebenar-be- nar keyakinan adalah syarat penting untuk sahnya iman seseorang. Sebaliknya, kalau satu sahaja perkara itu diragui, maka rosaklah iman. Ini berpandukan satu kaedah dalam ilmu feqah yang mengatakan kufur yang sedikit samalah seperti mengkufuri semuanya. Dalam Islam, kalau ada per- kara-perkara tertentu sahaja dari rukun iman yang tidak di- yakini, ia dikira tidak beriman.
Contohnya, kita salin sepotong ayat Quran yang berbu- nyi:
Terjemahan: Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan melepaskannya daripada  kesusa- han hidup dan memberikan rezeki daripada umber yang tidak diduga. (At Thalaq: 2,3)
Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Al Ghazali menulis:' "Orang yang benar-benar bertaqwa akan memperolehi rezeki harian dan keperluan hidup yang asasi tanpa melalui usaha dan ikhtiar lagi. Allah akan datangkan rezeki padanya daripada jalan yang tidak disangka."
Setelah membaca maksud dan tafsir ayat Quran di atas, katakanlah ada seorang yang kurang yakin dengannya. Mungkin dalam pengalamannya ia tidak pemah mendapat rezeki tanpa usaha maka ia ragu-ragu dengan satu ayat ini. Kalau begitu, menurut kaedah yang ditulis di atas, orang itu dikira tidak beriman. Walaupun ia kufur hanya dengan satu ayat, tetapi ia dikira kufur dengari semuanya. Maknanya ia     kafir.
Keyakinan adalah perlu dan penting. Oleh itu wajiblah kita belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan kita. Jangan biarkan sedikit pun keraguan mencelah keyakinan kita. Keraguan mesti dilawan dengan ilmu yang benar bukan dengan akal sahaja.
Syaitan sentiasa menggunakan akal dan nafsu manusia untuk meragu-ragukan dan mewas-waskan kita. Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh kita akan terperangkap dalam perangkap syaitan. Kalau terperangkap dalam perangkap lahir, seperti tidak sembahyang, tidak berzakat, berjudi, ra- suah, kita hanya berdosa; maknanya tidak kekal dalam Ne- raka, tetapi kalau terperangkap dalam perangkap batin, sedi- kit sahaja ragu-ragu itu mencelahi keyakinan, habislah iman. Hapuslah semua pahala amal. Matilah sebagai orang kafir dan akan kekal dalam Neraka.
Untuk mengelak dari terjebak dalam nasib seburuk itu, eloklah dari sekarang diusaha dirikan benteng iman yang pertama ini iaitu yakin. Untuk itu perlulah ada ilmu. Ilmu tauhid yang menjadi fardhu ain. Hanya dengan ilmu itulah sahaja kita dapat menolak segala hasutan syaitan yang tidak pemah putus asa berjuang menghapuskan iman kita.
IKHLASBenteng iman yang kedua ialah ikhlas. Seperti yakin, ikhlas juga sangat penting. Tanpa ikhlas, sesuatu amalan akan ter- tolak, tetapi kalau tidak ikhlas, hanya amalan yang tidak ikhlas itulah sahaja yang tertolak. Amalan lain kalau ikhlas tetap diterima Allah.
Ikhlas ialah meniatkan apa yang dibuat dan apa yang ditinggalkan dengan kerana Allah. Ertinya apa sahaja perin- tah Allah yang kita buat, sama ada fardhu ain, fardhu kifayah, sunat muakkad, sunat ghairi muakkad atau harus mestilah diniatkan kerana Allah. Kalau tidak diniatkan ke- rana Allah, amalan itu dikira tidak ikhlas. Sesuatu amalan yang tidak ikhlas adalah tertolak, tidak diberi pahala dan sia- sia. Kita lihat beberapa contoh bagaimana amalan yang ikh- las dan amalan yang tidak ikhlas.
  • Usaha mencari duit atau meninggikan taraf ekonomi baik secara individu atau secara jemaah, kalau diniatkan kerana Allah (sebab ianya satu perintah Allah berbentuk fardhu kifayah) adalah dikira ikhlas. Sebaliknya kalau kerja itu di- niatkan untuk kaya, untuk bertanding dengan orang lain atau untuk prestasi kaum, adalah dikira tidak ikhlas.
  • Menuntut ilmu kalau diniatkan kerana Allah adalah ikh- las, sebaliknya menuntut ilmu kalau diniatkan untuk pandai, untuk dapat pengiktirafan manusia berbentuk sijil atau ijazah serta berlumba-lumba dan seterusnya untuk dapat pangkat dan Wang, maka amalan itu dikira tidak ikhlas.
  • Arak dan judi kalau ditinggalkan kerana Allah akan diki- ra ikhlas. Sebaliknya kalau kejahatan itu tidak dibuat hanya kerana kebiasaan, atau kerana takutkan akibat buruk yang datang darinya atau kerana tidak ada duit, maka ia dikira tidak ikhlas.
Dengan contoh-contoh tadi dapatlah diqiaskan dengan amalan-amalan lain. Dan ingatlah bahawa sesuatu amalan yang tidak ikhlas tidak akan diterima Allah. Sebagai bukti cuba perhatikan maksud Hadis berikut:
Abu Hurairah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Pertama yang akan di- perhitungkan di Akhirat ialah seorang yang mati syahid. Setelah dihadapkan ke hadrat Tuhan lalu ditanya, "Apakah perbuatan kamu terhadap nikmat itu?" Jawabnya, "Aku telah berjihad untuk-Mu hingga mati syahid."
Berfirman Tuhan: "Engkau telah dusta. Engkau berjuang bukan kerana Aku tetapi kerana ingin terkenal sebagai pejuang dan disebut-sebut tentang keberanian dun ketokohanmu. Dan engkau telah perolehi itu semua."
Maka Allah perintahkan orang itu diseret ke dalam api Neraka. Orang kedua ialah seorang yang telah banyak ilmu dun pandai serta mengajar tentang Al Quran, ketika dihadapkan kepada Tuhan ia ditanya, "Apakah yang telah kamu perbuat terhadap semua itu?" Jawabnya, "Aku telah pelajari ilmu dan mengajar- kannya."  
Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau belajar kerana ingin terkenal sebagai seorang alim       dun engkau baca Quran kerana ingin dikenal seba- gai seorang qari dun semua itu telah engkau per- olehi." Maka Allah memerintahkan supaya dia diseret ke dalam api Neraka. Orang ketiga ialah hartawan yang memiliki segala jenis kekayaan. Ketika dihadapkan kepada Tuhan, ia ditanya, "Apakah amalanmu terhadap semua hartamu itu?" Jawabnya, 'Aku  telah gunakan untuk semua urusan di jalan-Mu dan semata-mata kerana- Mu Tuhan." Berfirman Tuhan: "Engkau dusta. Engkau membelanjakan hartamu adalah kerana inginkan supaya dikenali sebagai seorang hartawan ' dan engkau telah perolehi itu." Maka Allah memerintahkan supaya ia diseret ke dalarn api Neraka.
Demikian ketentuan Allah. Satu ketentuan yang pasti dan kita akan menghadapinya satu hari nanti. Hari di  mana manusia tidak boleh berdolak-dalih lagi. Hari di mana kita terpaksa menerima akibat dari usaha kita sendiri. Di hari itu orang-orang yang tidak ikhlas akan melolong memekik dan menyesal kerana amalannya tertolak. Dia sangka dia dapat membohongi Allah, rupanya tidak, Allah lebih tahu darinya tentang gerak hatinya sendiri.
Dari itu, marilah kita insaf dari sekarang, betulkan niat kita ketika melakukan sesuatu amalan. Pohon dari Allah agar diberi-Nya hati yang ikhlas. Dalam satu Hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:
Terjemahan: Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba- hamba-Ku yang Aku kasihkannya. (Riwayat: Abu Hasan Al Basri)
Kerana ikhlas itu satu rahsia Allah tentulah tidak mungkin kita dapat mengetahui siapakah yang ikhlas dan     siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah sesuatu amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya. Tetapi yang anehnya, orang-orang kita selalu membahasakan dirinya ikhlas. "Saya ikhlas," katanya. Sebenamya tidak boleh begitu.
Dalam Islam, orang yang mengaku baik itulah orang yang tidak baik. Misalnya dia berkata "Saya kuat iman. Saya dermawan, saya amanah", tetapi sebenamya dia tidak begitu. Pengakuan-pengakuan begitu selalu dibuat oleh orang-orang yang tidak berakhlak.
Walaupun ikhlas adalah rahsia, namun Islam ada mem- buat satu garis panduan untuk kita mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas. Caranya, orang puji atau orang keji amalan kita, kita rasa sama sahaja. Pujian tidak membanggakan, kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya, amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Sebab itu kalau manusia keji, caci atau hina, hati tidak pun cacat tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin melawan dengan orang yang menghina itu.
Begitu juga, kalau orang puji, pujian tidak berbekas di hatinya; tidak timbul rasa bangga, puas hati dan tidak juga bertambah kasih sayang pada orang yang memuji itu dise- babkan pujiannya. Bagi orang-orang yang ikhlas, pujian dan kejian tidak pernah difikirkan apalagi hendak diharapkan. Mereka sangat takut kalau-kalau Allah menolak amalan dan memurkai mereka. Sebaliknya mereka sangat ingin Allah menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai me- reka.
Sayidina Ali k.w. ketika musuhnya meludahi mukanya, terus dilepaskannya peluang untuk mengalahkan musuh itu. Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu, terus dijawab, "Aku bimbang kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana marah bukan kerana Allah."
Demikian satu contoh bahawa orang yang ikhlas sang- gup mengenepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredhaan Allah. Mereka tidak bimbang nasib diri, rugi atau untung, orang keji atau puji, menang atau kalah, yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka.
Rasulullah SAW kerana menganjurkan sifat ikhlas telah bersabda bermaksud:
Terjemahannya: Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu.
Seseorang yang benar-benar mencari keredhaan Allah, akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti pada-Nya. Ketika orang lain bertindak jahat pada mereka, mereka akan merasa berpeluang untuk dapat pahala dan kasih sayang Allah. Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalasi dengan kebaikan pula.
Ini benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin; ketika mendengar orang menghina mereka, terus dihantamya hadiah pada orang itu. Bila ditanya apa tujuan hadiah itu diberi, jawapan mereka ialah: "Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala pada kita. Memberi pahala samalah seperti memberi, Syurga. Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita, patut sangatlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya."
Begitu hati yang ikhlas. Dia tidak melatah kalau orang mencabar, malah cabaran itu mendekatkan dirinya pada Allah. Untuk mendapatkan hati yang ikhlas bukanlah sesua- tu yang mudah. Tanpa usaha yang sungguh-sungguh kita akan sentiasa tewas di tangan syaitan yang sentiasa nekad untuk menjatuhkan kita. Ingatlah ketika Allah SWT melak- nati Iblis. Lalu ia merayu untuk menyesatkan semua anak cucu Nabi Adam a.s. Kerana itu Allah SWT membenarkan- nya, namun Iblis mengakui:
Terjemahannya: Jawab Iblis: "Demi kekuasaan Eng- kau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka." (Shad: 82-83)
Dengan itu syaitan akan merasuk semua orang supaya derhaka pada Allah. Dan semua orang akan mengikutnya kecuali mereka-mereka yang memiliki hati yang ikhlas.
Orang yang tidak ikhlas, sekalipun tuan guru, tuk kadhi, tuk imam, ustaz atau ustazah pasti Allah biarkan pada syai- tan. Bila Allah biarkan pada syaitan, Nerakalah tempatnya. Oleh itu berhati-hatilah. Pohonlah pimpinan Allah selalu serta mujahadahlah terhadap nafsu dan syaitan, supaya se- tiap amalan yang kita lakukan adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Hanya dengan cara itulah sahaja kita akan selamat.
MENGERJAKAN AMALAN SUNATBenteng iman yang ketiga boleh didirikan dengan mengerja- kan amalan-amalan sunat. Maknanya dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, iman akan terkawal. Bagaimana ini boleh terjadi? Sedangkan apa yang  kita tahu amalan sunat tidaklah diberatkan. Kalau dibuat dapat pahala dan kalau ditinggalkan pun tidaklah berdosa. Mengapa pula ia boleh jadi benteng iman?
Sebenamya, amalan sunat mempunyai dua fungsi yang penting :
  • Menyempumakan amalan wajib.
  • Meninggikan pangkat dan darjat di Syurga.
Telah saya bincangkan sebelum ini bahawa semua iba- dah yang Allah perintahkan adalah bertujuan mendatangkan iman. Semua ibadah yang dilakukan dengan sempuma akan menghasilkan iman yang juga sempuma. Sebaliknya kalau ibadah tidak sempuma, maka iman yang diperolehi pun ti- dak sempuma.
Sebab itu, dengan tujuan untuk menyempumakan iman maka diperintahkan manusia mengerjakan amalan tambahan ataupun ibadah sunat. Dengan ibadah sunat, kalau ada iba- dah fardhu yang tidak sempuma akan jadi sempuma. Ibarat kain yang koyak perlulah ditampal dengan kain, kertas koyak ditampal dengan kertas, zing bocor ditampal dengan zing, demikianlah seterusnya.
Sembahyang kalau tidak sempurna mestilah ditampal dengan sembahyang sunat. Zakat disempumakan dengan sedekah, haji dengan umrah dan seterusnya. Kalaulah ama- lan fardhu yang tidak sempuma tetapi tidak pula disempur- nakan dengan amalan sunat, maka orang itu tetap berdosa. Dan dosa balasannya Neraka. Untuk mengelakkan dari seksaan itu, bagi kita yang ibadah belum sempuma ini, elok sangatlah membanyakkan amalan sunat. Sembahyang fardhu yang selalu tidak khusyuk disempumakan dengan sembah- yang sunat. Puasa sunat untuk menyempumakan puasa wajib yang tidak sempuma. Sedekah dan derma untuk menyem- pumakan zakat yang tidak lengkap. Demikianlah juga kalau mampu mengerjakan umrah untuk menyempumakan haji yang cacat.
Mengikut kaedah feqah, seseorang yang amalan wajib- nya tidak sempurna, maka amalan sunatnya bukan lagi sunat tetapi jadi wajib 'aradhi (wajib mendatang). Sebab ia boleh menyempumakan amalan wajib. Tetapi hukum ini tidak bo- leh diisytiharkan sebab kita tidak tahu siapa-siapakah yang amalan fardhunya tidak sempuma. Allah sahajalah yang tahu dan hanya Dia nanti akan menentukan siapakah dia yang amalan sunatnya dianggap wajib atau sebaliknya.
Bagi orang-orang yang sudah sempuma amalan wajib- nya, maka kalau ada amalan sunatnya ia akan menambahkan pangkat dan darjat di Syurga. Inilah fungsi kedua ibadah sunat. Janganlah ianya dianggap sesuatu yang enteng. Di dunia ini kita berlumba-lumba untuk naik pangkat kenapa tidak di Syurga nanti? Patutnya berlumba-lumbalah dari se- karang untuk meninggikan pangkat kita di Syurga dengan membanyakkan amalan sunat.
Dalam mengerjakan amalan-amalan sunat, Rasulullah SAW ada memberi panduan dengan sabda baginda yang bermaksud:
Orang yang paling kuat ibadah ialah orang yang warak sekalipun sedikit amalan sunatnya.
Ertinya, seseorang yang warak tidak melakukan maksiat adalah dikira sebagai orang yang banyak ibadah walaupun ibadah sunatnya tidaklah banyak. Sebaliknya seseorang yang melakukan maksiat, walaupun banyak amalan sunatnya ti- daklah dikira sebagai orang yang benar-benar berbakti ke- pada Allah. Sebabnya adalah: meninggalkan maksiat adalah fardhu sedangkan sunat tidaklah setinggi fardhu. Apa yang dapat kita pelajari dari Hadis ini ialah amalan sunat mestilah dibuat serentak dengan perjuangan mening- galkan larangan Allah. Kalau tidak ibadah itu akan hilang dalam dosa yang kita buat. Hasilnya sepertilah kita tidak beramal langsung. Sia-sia. Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya:
Orang yang zuhud dan warak itulah dia wali Allah yang sebenar.
Maksud baginda dengan Hadis ini ialah tingginya darjat seseorang di sisi Allah bukanlah kerana banyaknya amalan lahir sahaja tetapi adalah kerana hati yang benar-benar takut pada Allah. Bukti bahawa hati itu takut pada Allah ialah terpancarnya sifat zuhud dan warak.
Zuhud ialah takut untuk berlebih-lebihan dengan harta dan nikmat Allah. Nikmat Allah bukan sahaja duit,  harta, kain baju dan makanan tetapi yang lebih penting dari itu ialah kebesaran dan kemegahan. Ada orang boleh sabar de- ngan kain baju dan makanan tetapi sangat ingin pada pang- kat dan kemasyhuran. Orang ini sebenamya tidak zuhud sebab dia tidak takut Allah kalau-kalau dia terlebih menggu- nakan nikmat itu.
Orang yang warak pula ialah orang yang takut pada Allah untuk melakukan sebarang dosa. Kerana itu bukan sahaja dosa besar yang dia tidak buat, dosa kecil pun dia jauhi. Dengan hati yang zuhud dan warak barulah amalan fardhu dan sunat seseorang akan bemilai di sisi Allah.
Apa yang dapat kita faham dari Hadis ini, bahawa mat- lamat ibadah itu adalah untuk membentuk hati supaya bersih dan dekat dengan Allah. Dengan kata lain, beribadah ialah untuk mendapatkan iman. Sebab itu kita dianjurkan supaya membanyakkan amalan sunat dengan tujuan membaiki hati dan menambah iman. Dan kalau amalan sunat tidak pun memberi kesan demikian, maka waktu itu amalan sunat itu adalah sia-sia. Tidak berguna apa-apa. Sebab itu Imam Ghazali ada berkata:
"Tidak mengapa tidak sembahyang tahajud di malam hari asalkan tidak membuat maksiat di siangnya."
Kalau sembahyang tahajud tidak dapat menghalang dari maksiat, maka lebih baiklah tidak tahajud asalkan tidak membuat maksiat. Ertinya sembahyang tahajud tidak ada nilai di sisi Allah kalau di waktu lain masih  menderhakai- Nya.
Oleh itu tugas kita sekarang ialah memastikan bahawa setiap bertambahnya amalan sunat, maka berkuranglah mak- siat dan derhaka kita pada Allah. Kalau tidak begitu, yakin- lah bahawa amalan sunat kita itu bukan lagi jadi benteng iman tetapi jadi perangkap syaitan untuk kita memasuki Ne- raka Allah.
ISTIQAMAH BERAMALSikap istiqamah (tetap) beramal adalah benteng iman yang keempat. Seseorang yang memiliki sikap ini sebenamya te- lah mendirikan benteng untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya tanpa sikap ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh untuk masuk ke hati dan merosakkan imannya. Bagaimana ini boleh terjadi?
Telah saya katakan berulang kali bahawa tujuan ibadah itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu, ibadah itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan akhlak itu adalah benteng yang men- jaga iman. Maka melaksanakannya secara tetap dan berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati kita. Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan kadang-kadang dan tidak teratur, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin keselamatannya. Di waktu amalan itu kita lakukan iman akan tinggi, tetapi ketika amalan itu di- tinggalkan iman akan rendah serendah-rendahnya.
Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap isti- qamah beramal adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan menyelamatkan iman" daripada serangan musuh, nafsu dan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal, walaupun sedikit.
Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Biarlah sedikit asal dikekalkan (istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak kekal. Tetapi yang lebih baik daripada itu ialah banyak dan kekal. Kalau tidak mampu banyak, cukuplah sedikit asal kekal daripada banyak tetapi tidak kekal.
Contohnya: Membaca Al Quran; cukuplah lima baris sekali baca dengan dibuat tiap-tiap hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Sembahyang sunat cukuplah tiap-tiap malam dua rakaat daripada sebulan sekali walaupun seratus rakaat. Sedekah; biar 10 sen tiap-tiap hari daripada $10.00 tetapi setahun sekali.
Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:
  • Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air kalau terus-menerus memukul batu, lama-kelamaan .akan melekukkan batu. Sebaliknya kalau banjir sekalipun, tetapi hanya sekali datangnya, tentu tidak berbekas pada batu.
  • Tujuan beramal ialah untuk membuahkan iman dan akh- lak. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buah- nya itu. Jadi kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, makna- nya kita akan sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita.
  • Musuh kita nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seimbang per- tahanan kita terhadap musuh. Maknanya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman kita.
Imam Ghazali mengingatkan: "Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa berbekas di hati."
Lain orang lain hatinya, maka lain pulalah minat dan kegemaran beramal. Ada orang seronok dengan zikir Alhamdulillah. Maknanya bila sebut Alhamdulillah terasa di hati lazatnya zikir. Maka untuk orang ini banyakkanlah zikir tersebut.
Orang lain pula rasa lazat dengan puasa. Maka banyakkanlah puasa sunat. Seterusnya ada orang yang terasa lazat dengan berfikir. Bila berfikir terasa bertambah iman. Maka banyakkanlah berfikir.
Kebaikan dari sikap ini ialah apabila sesuatu amalan itu dilakukan dengan suka dan rela, ia akan lebih berkesan dan tidak menjemukan. Orang yang beramal kerana terpaksa dan ikut-ikutan tidak akan memperolehi apa-apa kesan baik se- baliknya akan mudah terasa jemu. Orang yang jemu beramal akan putus hati dengan Allah.
Bila putus hubungan hati dengan Allah, orang itu se- dang berada dalam kemurkaan Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang maksudnya:
Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedang- kan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?
Allah SWT sentiasa bersedia untuk melimpahkan rahmat dan pahala pada kita, mengapa kita tidak mempedulikannya?
Untuk mengelak dari sikap itu, kita mesti berhati-hati dalam beramal. Jangan beramal kerana ikut-ikut orang dan kerana terpaksa. Tilik dahulu hati dan minat kita, kemudian pilihlah amalan yang betul-betul sesuai, kemudian baru lakukan. Kalau tidak, lama-kelamaan, penyakit jemu beramal akan menyerang kita.
Bila jemu, banyaklah yang boleh berlaku. Ada yang langsung meninggalkan amalan itu. Ada pula yang langsung benci dengan Islam. Sebab itu selalu berlaku orang lari meninggalkan jemaah Islam, pergi meneruskan hidup yang sesuai dengan nafsu dan syaitan.
Dalam beramal elok dipraktikkan teori: biar sedikit te- tapi banyak jenis daripada banyak tetapi satu jenis. Mencari keuntungan Akhirat samalah seperti mencari keuntungan di dunia. Di dunia macam-macam yang kita buat; berniaga, tanam padi, tanam sayur, tangkap ikan dan temak binatang. Kalau satu daripada usaha itu mengalami kerugian, kita masih boleh bergantung pada usaha-usaha yang lain. Tetapi kalau kerja kita satu jenis sahaja, katakanlah berniaga sa- haja, tiba-tiba kita rugi, akan menderitalah kita waktu itu.
Begitulah juga halnya dalam mencari keunhmgan hidup di Akhirat. Elok kita beramal banyak jenis seperti  sembah- yang, puasa, sedekah, zikir, baca Quran, tolong-menolong, berdakwah dan lain-lain yang dianjurkan oleh syariat. Kata- lah ada di antara amalan itu tidak diterima oleh Allah, masih ada yang lain yang boleh kita harapkan. Tetapi kalau satu jenis sahaja amalan kita, tiba-tiba yang satu itu tidak diterima, apalagi yang boleh diharapkan? Oleh itu cuba ja- ngan tumpukan amalan kita pada satu jenis sahaja. Usahakan supaya banyak jenis, biarlah sedikit asalkan istiqamah.
BERTATASUSILA / BERTERTIBDalam beramal yang perlu diperhatikan ialah sikap tata susila atau tertib. Iaitu beradab sopan sebagaimana yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita. Sifat ini penting, tanpanya amalan kita tidak akan memberikan hasil apa-apa. Sebab itu ia dijadikan benteng iman yang kelima.
Ertinya dengan sikap ini iman kita akan terpelihara dan sela- mat. Sebaliknya tanpa sikap ini iman kita tidak terjamin keselamatannya. Malah kita akan berada dalam dosa dan kemurkaan Allah.
Saya akan senaraikan beberapa contoh bagaimanakah adab-adab beramal yang dikehendaki oleh Allah SWT:
1. SembahyangSembahyang mempunyai adab lahir dan batin. Adab lahir ialah berlaku tertib, tenang dan diam semua anggota, umpa- ma tentera yang terpacak kaku kerana memberi tabik hormat pada ketuanya.
Pemah suatu ketika Rasulullah melihat seorang lelaki bermain-main janggutnya dalam sembahyang lalu baginda bersabda:
Terjemahan: Andainya hati lelaki itu khusyuk tentulah seluruh anggotanya turut khusyuk. (Riwayat: At Tarmizi)
Orang yang menggerak-gerakkan anggotanya semasa sembahyang sebenamya tidak beradab dengan Tuhannya. Adab batin ialah khusyuk. Khusyuk bolehlah diertikan sebagai tertumpunya perhatian, fikiran dan perasaan hanya pada Allah dengan rasa penghambaan dan penyerahan rasa cinta, takut dan harap pada Allah SWT. Dengan keadaan jiwa yang begitulah baru sembahyang itu dapat mendatang- kan kekuatan yang mampu menolak segala sifat keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah
Terjemahan: Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada pekerjaan yang keji dan mungkar. (Al Ankabut: 45)
2. SedekahSatu amalan yang dapat melatih jiwa bersifat pemurah ialah sedekah. Tetapi sifat baik itu tidak juga datang kalau amalan sedekah itu'dilakukan tanpa adab yang baik. Allah SWT ada mengingatkan dengan firman-Nya:
Terjemahan: Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). (Al Baqarah: 263)
Ertinya, lebih baik tidak bersedekah kalau sedekah itu diiringi dengan celaan dan kutukan pada orang yang me- minta. Demikian peraturan yang Allah tentukan. Kalau per- aturan ini kita langgar, kita tidak akan memperolehi apa-apa dari pengorbanan itu.
3. Menyambut TetamuKetika kita didatangi tetamu, ada adab-adab yang telah Islam gariskan sebagai panduan. Bersabda RasululIah SAW:
Terjemahan: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Qiamat maka hendaklah ia memu- liakan tetamu. (Riwayat: Al Bukhari dan Muslim)
Orang yang berziarah ke rumah kita adalah tetamu kita. Tidak dikira beriman seseorang yang tidak melayan dan tidak memuliakan tetamunya.
4. BerdakwahNabi Muhammad SAW menyuruh semua umatnya berdak- wah dengan sabda baginda yang bermaksud:
Terjemahan: Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat. (Riwayat: Al Bukhari)
Dalam usaha menyampaikan itu kita tidak boleh ikut suka sahaja. Mesti ada sikap hormat-menghormati dan tim- bang rasa sesama manusia sekalipun dengan orang kafir. Tanpa sikap ini jangan harap kita akan mendapat hasil yang baik sebaliknya kita akan berdosa dan mendapat kemurkaan Allah. Oleh itu berdakwahlah kerana Allah dan gunakan kaedah yang telah ditentukan:
Terjemahan: Serulah kepada jalan Tuhanmu de- ngan hikmah dan nasihat-nasihat yang baik dan berbahaslah dengan mereka itu dengan cara yang paling baik. (An Nahl: 125)
Ketika Nabi Musa dan Nabi Harun diperintahkan ber- dakwah kepada Firaun, Allah berpesan pada mereka dengan firman-Nya:
Terjemahan: Maka berbicaralah kamu berdua kepa- danya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah-lem- but, mudah-mudahan dia ingat atau takut. (Thaha: 44)
Begitu derhakanya Firaun pada Allah, pun disuruh ber- lemah-lembut. Inikan pula kita berdakwah pada ibu bapa dan saudara-mara, mestilah lebih lembut dan lebih sabar.
5. BerperangDalam Islam ada perintah perang. Firman Allah:
Terjemahan: Dan perangilah di jalan Allah orang- orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al Baqarah: 190)
Adab berperang jangan melampaui batas. Ertinya jangan dibunuh kanak-kanak, orang-orang perempuan dan orang- orang yang tidak melawan seperti paderi-paderi yang sedang beribadah dalam kuil-kuil mereka (sekalipun kafir).
Rasulullah ketika melepaskan tenteranya ke medan perang selalu berpesan .agar menjaga adab ini malah bagi baginda kalau ada pohon yang sedang berbuah pun tidak boleh ditebang.
Begitu adab dan akhlak yang dikehendaki Islam. Dan kita umat baginda wajib mematuhi dengan mengamalkan- nya. Jika tidak, tidak ada sebab mengapa Allah mesti me- lebihkan kita dari hamba-hamba-Nya yang lain. Kita adalah umat Islam. Kita mesti sentiasa buktikan bahawa Islam ada- lah tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Rasulullah SAW mengatakan:
Terjemahannya: Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Di tangan kitalah terletak tugas untuk membuktikan tinggi atau rendahnya Islam itu. Kalau kita cuai, bukan sa- haja orang lain, diri sendiri akan turut terlibat dalam akibat buruk yang akan Allah berikan.


SUMBER

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list